CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 313|Reply: 0

[Sabah] Skuad Prihatin STAR Bingkor adakan ziarah kepada penduduk memerlukan

[Copy link]
Post time 6-2-2022 05:41 PM | Show all posts |Read mode


SAMPAIKAN: Jennifer (empat kiri) bersama Florian dan rombongan Skuad Prihatin STAR Bingkor yang mewakili Robert menyampaikan sumbangan bantuan bakul makanan keperluan harian kepada keluarga pesakit.

KENINGAU: Pesakit tenat yang terlantar di kediamannya di kampung Nooupot dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor, Maji Uhom diziarahi oleh Skuad Prihatin Parti Solidariti Tanah AirKu (STAR) bahagian Bingkor baru-baru ini.

Skuad tersebut yang diketuai bersama Ketua Wiranita dan Wiramuda STAR bahagian Bingkor Jennifer Epil dan Florian Ilon hadir menziarahi disamping bertanya khabar mengenai kesihatan pesakit sambil menyampaikan sumbangan bakul makanan keperluan harian kepada keluarga berkenaan.

Jennifer berkata usaha tersebut merupakan sebahagian tanggungjawab sosial Timbalan Presiden dan Ketua Bahagian STAR Bingkor yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik kepada masyarakat memerlukan di kawasan itu yang sentiasa dilaksanakan dari masa ke semasa bagi sedikit sebanyak membantu meringankan bebanan yang ditanggung.

“Usaha ini telah dijalankan sejak mula lagi dan akan berterusan dalam langkah untuk mengurangkan beban yang ditanggung keluarga pesakit yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan.

“Langkah ini juga membuktikan pemimpin kita sentiasa prihatin dan berusaha untuk menghulurkan bantuan kepada masyarakat di peringkat akar umbi yang memerlukan,” kata Jennifer.


utusanborneo.com.my/2022/02/06

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.068888 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list