CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 304|Reply: 0

[Sabah] Centre Point Sabah teruskan aktiviti kebudayaan

[Copy link]
Post time 5-2-2022 01:34 PM | Show all posts |Read mode


KENANGAN: Para tetamu kehormat bersama pasukan tarian singa merakamkan gambar kenangan.

KOTA KINABALU: Pusat beli-belah Centre Point Sabah komited teruskan tradisi kebudayaan dalam usaha memupuk semangat perpaduan diantara semua kaum di Sabah.

Pengurus Besar Pusat Beli-belah Centre Point Sabah Megan Liu berkata, selari dengan usaha berkenaan, pihaknya telah menganjurkan beberapa aktiviti sempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina 2022.

"Sambutan tradisi seumpamanya merupakan aset utama yang harus dikekal dan dipromosikan dalam kalangan masyarakat kita.

"Oleh itu, tahun ini setelah lebih setahun tidak mempunyai tarian singa disebabkan pandemik COVID-19, kita mengadakan persembahan ini dengan panduan SOP ditetapkan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, persembahan berkenaan dijayakan oleh Persatuan Tarian Singa Xu Xiang, Inanam.

Katanya, acara yang diadakan di sini baru-baru ini berjaya menarik perhatian para pengunjung.

"Tahun Harimau diyakini sebagai tahun yang akan membawa perubahan baharu dan menggalakkan orang ramai untuk mengharungi segala cabaran serta kesukaran pada masa kini.

"Oleh itu, kami berasa positif bahawa dengan permulaan tahun baru ini, kita mungkin akan melihat perubahan yang baik untuk masyarakat pada tahun 2022," katanya.

Selain itu katanya, para pengunjung juga boleh menyertai pelbagai aktiviti menarik sepanjang musim perayaan Tahun Baharu Cina dalam pusat beli belah berkenaan.

Katanya, dengan pembelian RM50 dan ke atas dalam satu resit atau gabungan dua resit, para pengunjung boleh menebus angpau tunai bernilai RM5.

"Memandangkan bulan Februari juga dikaitkan dengan Hari Kekasih, Centre Point Sabah akan menganjurkan acara 'Valentine's day: Romantic Recherché Gala' yang akan berlangsung selama tujuh hari dari 8 sehingga 14 Februari 2022.

"Orang ramai boleh menikamti karnival romantis bertema taman bunga di mana ketika itu terdapat permainan karnival dan gerai untuk para pengunjung," katanya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook rasmi Centre Point Sabah atau sebarang tempahan tempat acara dan pertanyaan sila hubungi Cik Zia di talian 088-246900.


utusanborneo.com.my/2022/02/05
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.048751 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list