CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 309|Reply: 0

[Sabah] Lelaki tendang, rosakkan kereta ibu saudara didenda

[Copy link]
Post time 4-2-2022 07:55 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Padah mengamuk dan menendang kereta ibu saudara sehingga kemek, seorang lelaki bekerja sendiri dijatuhi hukuman denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali juga memerintahkan tertuduh, Ibrahim Affandi, 37, untuk dipenjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda.

Tertuduh mengaku bersalah melakukan khianat dengan merosakkan bahagian tepi kereta milik ibu saudaranya sehingga mengakibatkan kerugian RM1,000.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukannya pada 11 Januari lalu, jam lebih kurang 11.30 pagi di kediaman mereka sekeluarga di Kenyalang Park, di sini.

Berdasarkan keterangan kes, tertuduh yang bergaduh dengan suami mangsa akibat masalah peribadi antara mereka telah mengamuk dan bertindak menendang kereta mangsa sehingga ia mengalami kemek di bahagian sebelah kanan.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya dan tertuduh seterusnya ditangkap pada 1 Februari lalu.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


utusanborneo.com.my/2022/02/04
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.051870 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list