View: 963|Reply: 7
|
"Tak Pasal-Pasal Dah Jadi Haram,"-Pemilik Bengang Kambing Kena Sembur ‘Babi’
[Copy link]
|
|
Tidak pasti apa puncanya, namun tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyembur cat berwarna merah bertulis perkataan 'babi' pada badan seekor kambing, mengundang reaksi pelbagai daripada netizen.
Gambar kambing berkenaan dikongsikan di laman Facebook pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.
Menerusi perkongsian gambar tersebut, turut disertakan kapsyen yang dipercayai ditulis oleh pemilik kambing berkenaan, yang meluahkan rasa marah dan geram dengan pihak yang menjadikan haiwan peliharaannya sebagai mangsa.
"Siapa yang kurang ajar sembur kambing aku dengan tulis b*bi ni, kalau tak puas hati jumpa depan-depanlah.
"Tak payah nak sembur kambing aku dengan pewarna macam ni, tak pasal-pasal kambing aku dah jadi haram," tulisnya.
Namun tidak dapat dipastikan lokasi sebenar kejadian tersebut.
Sementara itu, Ustaz Ahmad Dusuki turut mengulas perihal insiden berkenaan di dalam posting laman Facebook miliknya.
"Manusia ni kan macam-macam perangainya. Sebab itulah Allah hantarkan para alim ulama sebagai panduan hidup setelah ketiadaan para nabi dan rasul," tulis beliau.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi yang pelbagai berhubung insiden tersebut.
Foto: Facebook
"Kesian kambing jadi mangsa. Haiwan ni tak berakal, mana yang tuan dia lepaskan, situlah dia cari makan. Yang tak ada akal tu tuan dia, sebab mungkin tak jaga kambing tu, termasuklah juga yang tukang spray tu. Dua-dua hilang akal. Matlamat tak menghalalkan cara," tulis Nieza HM.
"Bermakna orang itu dah habis bersabar... mungkin cakap kat tuan dia, tuan dia buat tak ambil peduli," tulis Amiruddin Esa.
"Ketam bulu kambing tu, dan letak dalam kandang... selesai!" tulis Emmar Rashid pula. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Nak bela kambing jaga la elok2..jgn main lepas atas jalan...berak kat simen rumah org....dah berapa banyak org menyumpah babi kat tuan kambing tu....dah kena spray baru ade akal....itu kira ok lah org tak tangkap buat kambing bakar....patutnye kau pegi jumpe satu2 org kampung mintak maaf.... |
|
|
|
|
|
|
|
Jenis bela kambing tapi main lepas satu kampung memang boleh buat warga kampung naik angin tambah bila makan tanaman di kebun mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
lebai pas yg spray merpati warna warni kat kelantan tu apa cite pulak ustak? |
|
|
|
|
|
|
|
bukan dah ada thread panjang lebar ka 2-3 hari lepas?
|
|
|
|
|
|
|
|
over jah nak jadi haram bagai? dengan kekawan kau dok menoreen menghanjeng segala bagai hari2 tak jadi haram pulak yach? merasuah membalak sampai licin tu tak pulak jadi haram? asal noreen jah baru jadi haram? eh hello haram2 pon kalo dah darurat boleh jah ko telan daging noreen tu apa masalah? noreen sangat perangai |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 3-2-2022 12:44 PM
bukan dah ada thread panjang lebar ka 2-3 hari lepas?
CARI-MRO maqomnya lebih tinggi, wallahua'lam bissawab siapa tahu boleh tolong jawab |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|