CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 308|Reply: 0

[Sabah] Tiga PTI ditahan terlibat ajaran sesat ‘Wali Tujuh’

[Copy link]
Post time 2-2-2022 07:18 PM | Show all posts |Read mode


TANGKAPAN: Tiga suspek ajaran sesat yang ditahan dalam serbuan tersebut.

KINABATANGAN: Tiga Pendatang Tanpa Izin (PTI) yang disyaki terlibat dengan kumpulan ajaran sesat ‘Wali Tujuh’ ditahan di sebuah rumah pekerja Ladang Bukit Kertam, di sini semalam.

Kesemua suspek ditahan dalam satu serbuan oleh pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di rumah berkenaan.

Komander ESSCOM, Deputi Komisioner Hamzah Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kegiatan kumpulan tersebut yang dipercayai bergiat aktifi sejak tiga bulan lalu.

“Berdasarkan risikan awal, kumpulan itu diketuai oleh seorang guru dengan dibantu dua individu serta mempunyai seramai 20 pengikut terdiri daripada pekerja ladang warga asing sekitar Kinabatangan dan Lahad Datu.

“Kumpulan itu dipercayai membawa ajaran ilmu batin dan kebal yang telah berkembang pantas serta menarik minat penyertaan khususnya pekerja ladang,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.


RAMPASAN: Antara barang peribadi termasuk senjata tajam dan tangkal untuk tujuan ritual ajaran tersebut yang berjaya dirampas.

Katanya, pemeriksaan awal mendapati ketiga-tiga suspek yang ditahan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Beberapa barang peribadi milik salah seorang suspek terbabit antaranya kalendar putikaan, pisau, senjata jenis lastik dan pelbagai jenis tangkal turut dirampas.

  “Kesemua suspek kini ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan untuk tindakan selanjutnya dan akan dirujuk ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS),” katanya.

Hamzah berkata, ESSCOM ingin menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan ajaran atau dakyah baharu yang boleh menimbulkan ketidakharmonian dalam kalangan masyarakat setempat.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang sengaja mengganggu gugat ketenteraman awam dan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE),” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/02/02
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.355103 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list