CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 443|Reply: 0

[Kedah] 'Nak beli sepapan telur ayam pun susah'

[Copy link]
Post time 2-2-2022 04:24 PM | Show all posts |Read mode

NOR Ezzah Sofwah Tajussubkhi, menyusun bekas telur ayam yang habis dijual. FOTO Zuliaty Zulkiffli.

Alor Setar: Bekalan telur ayam di negeri ini yang kurang sejak dua minggu lalu mengundang kebimbangan pengguna terutama peniaga kedai makan.

Hasil tinjauan di beberapa kedai runcit, pasar mini dan pasar raya di sekitar daerah Kubang Pasu dan Kota Setar hari ini mendapati, kebanyakan rak menjual telur ayam kosong.

Peniaga runcit di Kubang Pasu, Suliana Hassan, 42, berkata, permintaan terhadap telur ayam amat banyak terutama ketika musim kenduri ketika ini.

Namun katanya, jika pembekal menghantar stok telur ayam, peniaga hanya mendapat 20 papan telur ayam untuk setiap kedai runcit.

"Kami pula terpaksa mengehadkan hanya satu papan untuk setiap pelanggan kerana stok yang terhad.

"Kadang-kadang tak sampai sehari, telur ayam habis dijual," katanya ketika ditemui di Jitra, hari ini.

Suri rumah, Nurul Asyikin Ramli, 30, berkata, telur ayam adalah antara barangan masakan wajib yang perlu dibeli setiap minggu kerana ia lebih murah berbanding barangan mentah lain.

Namun katanya, disebabkan kekurangan bekalan stok telur ayam di pasaran, mereka terpaksa pergi awal pagi untuk membelinya kerana bimbang kehabisan.

"Saya terpaksa membuat tempahan dulu kepada peniaga kedai runcit kerana bimbang tak sempat beli," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Peniaga roti canai, Mohamad Najmudin Mohd Noor, 36, berkata, dia tidak dapat menyediakan roti canai telur seperti sebelum ini disebabkan kekurangan telur ayam di pasaran.

"Kalau dulu dalam sehari saya boleh membeli lima atau enam papan telur ayam tetapi sekarang nak beli satu papan pun susah.. Itu pun puas nak mencari," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah, Mohd Yusrizal Yusoff berkata, pihaknya menerima rungutan dan aduan daripada pengguna berkaitan kekurangan telur ayam di pasaran.

Katanya, daerah paling terjejas adalah Kota Setar dan Kubang Pasu, malah daerah lain dijangka turut berdepan masalah sama.

"Kita percaya berkemungkinan besar masalah ini disebabkan penternak dan pemborong telur ayam namun berharap masalah itu agar dapat diselesaikan segera.

"Selain itu, saya berharap peniaga di luar bandar tidak menjual harga melebihi ditetapkan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.061409 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list