CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 429|Reply: 0

[Tempatan] Marudi dilanda banjir termenung ketika sambutan CNY

[Copy link]
Post time 1-2-2022 04:13 PM | Show all posts |Read mode
Banjir termenung jejas sambutan Tahun Baharu Cina
Oleh Mohd Roji Kawi - Februari 1, 2022 @ 4:04pm




KUCHING: Banjir termenung yang melanda Marudi membuatkan perayaan Tahun Baharu Cina di bandar berkenaan disambut hambar, hari ini.

Ia berikutan sebahagian besar jalan raya di pekan berkenaan dinaiki air sehingga paras 0.5 meter. Pekan Marudi mula dinaiki air 26 Januari lalu akibat limpahan Sungai Batang Baram selepas hujan lebat di kawasan hulu sungai.

Beberapa petempatan penduduk terjejas sehingga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Suarah Marudi pada jam 4 petang Sabtu lalu.

Ketika ini, seramai 31 penduduk daripada lapan keluarga dari dua kampung, iaitu Kampung Padang Kerbau dan Jalan Wawasan Kampung Cina Marudi, masih ditempatkan di PPS berkenaan.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Miri, Law Poh Kiong, berkata pihaknya terus memantau keadaan banjir di Marudi termasuk membuat tinjauan udara hari ini oleh Unit Udara Bomba Wilayah Sarawak yang berpangkalan di Miri.

"Hasil tinjauan pada jam 12.30 tengah hari tadi mendapati beberapa kawasan sekitar pekan Marudi masih ditenggelami air, namun pada aras yang terkawal," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 01:58 AM GMT+8 , Processed in 1.527888 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list