CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 448|Reply: 4

[Sabah] Update: Suami Isteri Hilang Di Ulu Binsuluk Ditemui Di Tanah Perkuburan

[Copy link]
Post time 1-2-2022 01:23 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 1-2-2022 10:54 AM



Amir Hamjah dan isterinya Rita Hijiyah dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu. – Foto BOMBA

Suami Isteri Hilang Ketika Tinjau Tanah Mahu Dibeli Di Membakut

BEAUFORT: Pasangan suami isteri dilaporkan hilang selepas pergi melihat tanah yang hendak dibeli di Kampung Ulu Binsuluk, Membakut, di sini, Sabtu lalu.

Mangsa Amir Hamjah Abdul Kahfi, 43, dan isterinya Rita Hijiyah Mohd Syuaib, 43, dikatakan keluar dari rumah mereka di Kampung Sabok Baru, Kinarut, kira-kira 9 pagi hari itu.

Bagaimanapun pasangan berkenaan tidak kembali semula ke rumah selama dua hari dan telefon bimbitnya gagal dihubungi.

Berikutan itu, anak kepada pasangan terbabit membuat laporan di Balai Polis Membakut, 11 pagi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, susulan laporan itu, sepasukan polis kemudian pergi ke lokasi kejadian dan mendapati kereta Perodua Alza disyaki dinaiki pasangan itu berada di tepi jalan Kampung Ulu Binsuluk.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) turut dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
“Pasangan terbabit masih belum ditemukan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sabah dalam kenyataannya berkata, sebaik menerima maklumat daripada polis, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Penyu dikerah ke lokasi kejadian dan melakukan operasi pencarian dengan radius dua kilometer.

“Operasi SAR ditangguhkan pada 5.30 petang dan operasi akan diteruskan pagi esok,” katanya. – HMetro


sabahpost.net/2022/01/31
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2022 05:45 AM | Show all posts
beaufort...cant be the lanun..must be other case.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2022 11:17 AM | Show all posts
gambar pun agak2 lah...

btw...harap x sorok ja
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2022 06:57 PM | Show all posts


Pasangan suami isteri yang ditemui selamat di kawasan tanah perkuburan Kampung Pimping, Membakut.

Suami Isteri Hilang Di Ulu Binsuluk Ditemui Di Tanah Perkuburan

BEAUFORT: Pasangan suami isteri yang dilaporkan hilang selepas meninjau tanah yang dijual di Kampung Ulu Binsulok, Membakut, Sabtu lalu, ditemui selamat, hari ini.

Mangsa, Amir Hamjah Abdul Kahfi, 43, dan isterinya, Rita Hijiyah Mohd Syuaib, 43, ditemui orang awam di tanah perkuburan Kampung Pimping jam 7.30 pagi tadi.


Pasangan suami isteri yang ditemui selamat di kawasan tanah perkuburan Kampung Pimping, Membakut.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob, berkata pihaknya menerima panggilan daripada seorang individu yang menemui pasangan suami isteri terbabit.

“Jarak mangsa ditemui kira-kira 10 kilometer dari lokasi mereka dilaporkan hilang,” katanya kepada BH, hari ini.

Yusoff Zaki berkata, pasangan terbabit dipercayai tersesat ketika meninjau kawasan tanah yang hendak dibeli di Kampung Ulu Binsulok sebelum ditemui di tanah perkuburan Kampung Pimping, Membakut.

“Kedua-dua mereka kemudian dihantar ke Pondok Polis Komuniti (PPK) Binsulok untuk tindakan lanjut,” katanya.

Semalam, pasangan terbabit dilaporkan hilang apabila tidak kembali ke rumah selama dua hari selepas meninjau tanah yang hendak dibeli di Kampung Ulu Binsulok, Membakut.

Pasangan terbabit dikatakan keluar dari rumah mereka di Kampung Sabok Baru, Kinarut, pada jam 9 pagi, Sabtu lalu. – BH Online


sabahpost.net/2022/02/01
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2022 12:08 PM | Show all posts
Nasib baik semuanya selamat, itu yang penting
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.106226 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list