CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 500|Reply: 0

[Tempatan] SPRM akan mengemukakan kertas siasatannya mengenai hubung kait bekas Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz dan 1MDB kepada Jabatan Peguam Negara.

[Copy link]
Post time 31-1-2022 10:50 PM | Show all posts |Read mode
Edited by rashiman at 31-1-2022 10:52 PM

pernah menganggotai Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat dakwaan terhadap Najib membabitkan dana 1MDB , sekarang kena siasat berkaitan 1MDB juga.

Skandal 1MDB : SPRM serah kertas siasatan terhadap Zeti, Nor Mohamad Yakcop kepada Peguam NegaraFMT Reporters -

January 30, 2022 11:15 PM





SPRM dan polis telah menjalankan siasatan terhadap bekas Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz, suaminya Tawfiq Ayman, dan bekas menteri Nor Mohamed Yakcop.
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengemukakan kertas siasatannya mengenai hubung kait bekas Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz dan 1MDB kepada Jabatan Peguam Negara.
FMT dimaklumkan kertas siasatan SPRM itu menyusul siasatan polis ke atas keluarga Zeti sebelum ini berhubung dana yang dikaitkan kepada ahli perniagaan yang diburu polis Low Taek Jho atau Jho Low.

Hasil siasatan Bukit Aman itu diserahkan kepada Peguam Negara bulan lalu.
Sumber memberitahu FMT, kertas siasatan SPRM terhadap bekas Menteri Kewangan ll Nor Mohamad Yakcop mengenai isu sama, juga akan di hantar ke pejabat Peguam Negara.


“(Semua) siasatan terhadap perkara ini akan dihantar kepada Pejabat Peguam Negara untuk diserahkan kepada PDRM kerana PDRM telah menjalankan siasatan terhadap suami Zeti (Tawfiq Ayman),” kata sumber itu.
Menurut sumber itu, polis telah mengambil keterangan Tawfiq pada tahun lepas berhubung “penerimaan wang ke dalam akaun milik beliau di Singapura yang diperoleh hasil daripada terbitan (bon) RM5 bilion oleh Ambank pada tahun 2009.”
“Siasatan SPRM memberi tumpuan kepada pemulangan aset yang mana setakat ini telah berjaya memperoleh sebanyak AS$15.4 juta membabitkan akaun Cutting Edge Industries Ltd milik Tawfiq,” katanya.
Mac lalu, polis dilaporkan menyiasat Tawfiq berhubung dana kaitan 1MDB yang didakwa di salurkan ke sebuah akaun bank miliknya di Singapura.

Sebelum itu, polis Singapura dilaporkan memaklumkan Bank Negara mengenai transaksi mencurigakan pada tahun 2015 dan 2016 melibatkan syarikat milik suami Zeti dan anaknya. Transkasi itu membabitkan dana daripada akaun yang dikaitkan kepada Jho Low.
Ketika itu, Zeti adalah gabenor Bank Negara.
Minggu lalu, Zeti dan Mohamed dilaporkan disiasat oleh SPRM. Menurut Utusan Malaysia, siasatan itu dijalankan di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.
Subscribe to our newsletter and get news deli






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 12:21 AM GMT+8 , Processed in 0.047277 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list