CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 283|Reply: 0

[Sabah] Rakyat minta kerajaan selesaikan isu tanah adat, kemudahan asas

[Copy link]
Post time 31-1-2022 09:31 PM | Show all posts |Read mode


CHRISNADIA

KOTA BELUD: Retreat Parti Keadilan Rakyat Cabang Kota Belud pada sabtu lepas telah menimbulkan pelbagai persoalan daripada para peserta berkenaan isu-isu rakyat yang masih belum diselesaikan.

Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat Sabah, Chrisnadia Sinam berkata, peserta daripada Kampung Bangkahak menyuarakan kebimbangan tentang status tanah yang diduduki mereka termasuk dalam kawasan hijau Angkatan Tentera Malaysia di Mukim Rosok, DUN Tempasuk.

"Mereka ingin membangunkan kawasan Pusat Rekreasi Pelancongan di kampung tersebut tetapi tiada siapa yang sudi membantu. Perkara tersebut juga sudah diutarakan kepada ADUN Tempasuk.

"Semasa Kerajaan Pakatan Harapan dulu, mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang pernah melawat kampung tersebut dan pernah menyarankan agar dokumen berkenaan dilengkapkan dan pihak tentera diminta memberi pertimbangan wajar," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, seorang peserta juga meminta agar kerajaan juga meneliti rumah-rumah kampung yang termasuk dalam kawasan tanah rizab Burung. Kampung tersebut perlu di keluarkan dan diwartakan sebagai Tanah Kampung.

Dalam Retret berkenaan, Ketua Cabang Keadilan Kota Belud, Mustapha Sakmud dalam memberi respon kepada isu ini meminta pihak kerajaan agar menggunakan kuasa yang ada untuk mempertahankan tanah adat penduduk kampung.

"Mekanisma yang dilaksanakan oleh Taman-taman Sabah dan Lembaga Tabung Getah Sabah boleh dipertimbangkan dengan memberi kebenaran kepada penduduk kampung untuk mengusahakan tanah-tanah tersebut atau mengeluarkan daripada kawasan tanah rizab serta diwartakan.

"Saya juga menyeru agar Ketua Menteri memberi perhatian kepada pertikaian tanah adat kawasan Rizab Ternakan di Kuala Pintasan yang semakin kritikal diantara penduduk kampung dan syarikat berkaitan. Solusi terbaik perlu disegerakan agar kedua-dua belah pihak berdamai dan bersepakat," katanya.

Katanya, pada masa yang sama beliau meminta agar kerajaan negeri memberi perhatian kepada infrastruktur asas Pusat-pusat Rekreasi pelancongan luar bandar khususnya di Kota Belud dan Tuaran.

Katanya, masih ada lagi pusat-pusat rekreasi yang tidak ada bekalan elektrik dan bergantung kepada generator.

"Ini akan menjejaskan perkembangan pelancongan luar bandar berasaskan komuniti yang menjadi antara tumpuan khusus Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

"Kerajaan negeri juga perlu memperbanyakkan geran penggalak kepada pengusaha-pengusaha eko pelancongan berasaskan komuniti bagi membantu pengusaha tempatan dalam menghadapi pasca pendemik COVID-19 ini.

"Kota Belud dan Tuaran adalah antara destinasi utama pilihan pelancongan bagi pengunjung tempatan dan antarabangsa," katanya.

Selain daripada itu katanya, jalan raya  yang menjadi laluan utama ke pusat-pusat rekreasi juga perlu diturap untuk memudahkan kenderaan-kenderaan kecil yang berkunjung kekawasan tersebut.

"Pengalaman kami berkunjung dan berprogram di Eko Pelancongan Tindian Komujoh di DUN Kadamaian membuktikan betapa kemudahan asas bekalan letrik dan jalan raya amat diperlukan," katanya.

Turut hadir mengadakan Dialog bersama para penggerak parti adalah ADUN Inanam Peto Galim yang juga merupakan Pengusaha Pusat Pelancongan di sebelah Bukit Kokol.


utusanborneo.com.my/2022/01/31
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.696885 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list