View: 1561|Reply: 18
|
Cuaca Panas Dijangka Sehingga Hujung Bulan Februari
[Copy link]
|
|
Cuaca panas dan kering berterusan di negeri utara semenanjung dijangka berterusan sehingga hujung bulan Februari, mengikut ramalan cuaca nullschool.net dan Pusat Meterologi Numerik dan Oceanografi Armada (FNMOC), sehingga 9 Februari ini, musim kering dijangka berlaku di bahagian utara Kedah, Perlis dan Kelantan.
kredit foto: BBC
Petikan dari MyNewshub, Pakar Meteorologi di Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan, Professor Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata, fenomena itu adalah biasa melibatkan negeri-negeri di utara semenanjung. Kedah, Perlis dan Kelantan hanya akan masuk musim hujan pada akhir atau awal Mac atau April nanti.
kredit foto: Merriam-Webster
Bagaimanapun, situasi panas itu telah dialami lebih awal hampir sebulan lalu di beberapa kawasan seperti Gaal, Gong Datuk dan Wakaf Bunut, Kelantan sekali gus menyebabkan seramai 150 pesawah berdepan kerugian sehingga RM800,000. Cuaca panas itu mungkin bukan sesuatu yang asing di negara ini, namun tetap perlu berwaspada terutama ketika berada di luar rumah kerana kesannya boleh menyebabkan terjadinya strok haba.
kredit foto: Juice
Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas, kumpulan yang lebih berisiko iaitu mereka yang terlibat dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti orang dewasa (40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda) dan kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah.
kredit foto: The Star
Perlu diingatkan mereka yang menhidap penyakit sistem penafasan selain penyakit darah tinggi, jantung dan seangkatannya perlu mengambil langkah seperti minum air kosong dengan banyak, sentiasa berada dalam rumah atau bangunan, hadkan aktiviti luar, pakai pakaian yang ringan, pakai topi ataupun payung.
Dan akhir sekali, elakkan pembakaran terbuka kerana ia akan menyebabkan kebakaran lebih besar sekali gus menyumbang kepada berlakunya jerebu.-CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Ye memang panaih betoi lani. Panaih cam bahang tu. Tapi kalau pagi2 cam pukui 6 pagi memang sejuk sungguh. |
|
|
|
|
|
|
|
Selangor ada gak hujan ribut pepetang, tp kat pahang ni dah lama katanya tak hujan. Iols g sungai berdekatan kg pun mak aihh air pun makin cetek.Siap boleh bentang tikar atas batu dlm sungai lagi
Sblm ni kena banjir tau kesan2 pun ada lagi,kat sekitar tebing tu masih ade kesan lumpur.
Kalau hujan sampai banjir2 bila panas mmg kering sungguh2.
Bulan lepas balik kg hujan lebat tak berenti kali ni balik panas terik dh seminggu tak hujan.
|
|
|
|
|
|
|
|
budak kecik kat rumah ni pun dok mintak nak mandi kolam hari2
jual kolam pam waktu panas2 laku ni |
|
|
|
|
|
|
|
Benda biasa time CNY selalunya panas |
|
|
|
|
|
|
|
Kemarau start awal. Pertengahan januari dah mula panas dan tak hujan.
Dulu2 masuk bulan dua baru mula kemarau.
|
|
|
|
|
|
|
|
Cuaca memberi kesan kepada rantaian makanan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Macam biasa lah, musim macam ni kena banyakkan minum air putih |
|
|
|
|
|
|
|
mmg panas la dua hari ni..tp ok la..i xsuka sejuk2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak hujan tapi tak panas, kering je |
|
|
|
|
|
|
|
aku redho panas sepanjang thn dari melihat banjir sana sini |
|
|
|
|
|
|
|
Kat perlis dalam minggu ni pon dah brape kali dah hujan. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan tiap2 tahun ke around cny time akan panas lit2. |
|
|
|
|
|
|
|
Kang jadi macam kat indon kepoh sat pasei matari pagi timbul dekat-dekat hala utara. |
|
|
|
|
|
|
| |
|