View: 783|Reply: 1
|
Polis Teliti Video Pengunjung Taman Tema Langgap Sop
[Copy link]
|
|
Polis sedang meneliti video tular di media sosial yang memaparkan aktiviti riadah kumpulan pengunjung di sebuah taman tema air yang disyaki melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
kredit foto: Youtube
Petikan dari Sinar, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata semakan mendapati kejadian itu berlaku antara jam 1 hingga 6 petang pada sabtu minggu lalu, menurut pihak pengurusan taman tema berkenaan, kapasiti kolam boleh memuatkan seramai 500 dan ketika kejadian jumlah tersebut tidak mencapai kapasiti 50 peratus.
Pihak polis sedang meneliti fakta-fakta dan individu yang terlibat untuk mengenalpasti sama ada terdapat sebarang ketidakpatuhan SOP tersebut oleh mana-mana pihak yang bertanggungjawab.
Beliau menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu yang boleh menjejaskan siasatan polis. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Teliti untuk tutup kes ke nak buka kes?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|