|
|
Sumber IG Yana Samsudin
Pelakon Yana Samsudin terpaksa dikejarkan ke hospital selepas suaminya, Fadzil Zahari melihat wanita itu semakin lemah dan lesu akibat sakit kepala dan muntah-muntah.
Kata Fadzil yang dipetik dari laporan mStar, doktor memberikan suntikan tahan muntah, tetapi tidak dapat mengesan punca masalah kesihatan itu.
"Dia sakit kepala dari petang, tapi mula muntah-muntah ketika siaran langsung di Facebook untuk promosi produk. Saya ingatkan biasa saja, itu yang saya bergurau ucap tahniah anak ketiga.
"Mungkin perut masuk angin sebab kalau mahu katakan keracunan makanan tidak mungkin kerana ada dua orang makan makanan sama, tapi dia seorang saja yang muntah-muntah," katanya.
Kata Fadzil lagi, dia sendiri tidak tahu sama ada memang benar Yana hamil atau pun tidak kerana ucapan tahniah itu hanyalah gurauan.
"Tak tahulah mengandung atau tidak. Belum buat pemeriksaan kehamilan lagi. Apapun, doakanlah. Mana tahu ada rezeki untuk dapat tambah cahaya mata," katanya.
Terdahulu, Yana dan Fadzil mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2015. Pasangan itu dikurniakan dua orang anak iaitu Aisy Mateen, 5, dan Aura Aisy Sofea, 2 tahun. - CARI
|
|