CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 361|Reply: 0

[Sabah] Jeffrey, Robert adakan 'walkabout' di sekitar pasar awam

[Copy link]
Post time 31-1-2022 08:32 AM | Show all posts |Read mode


WALKABOUT: Jeffrey (dua kanan) bersama Robert (empat kanan) menemui peniaga di sekitar pasar awam sambil diiringi Anthony (tiga kanan) dan Saldivilla (kanan).

KENINGAU: Sempena dengan perayaan tahun baru cina tahun ini, Ahli Parlimen Keningau Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik telah mengadakan program 'walkabout' di sekitar pasar umum, dekat sini.

'Walkabout' disertai Ketua-Ketua Masyarakat Cina; Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Bingkor dan UPPM Liawan; Pengerusi Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) dan lapan pemimpin-pemimpin masyarakat Tionghua.

Ia merupakan rutin yang dilakukan wakil rakyat di daerah itu setiap kali menjelang perayaan tahun baru cina bagi menyantuni masyarakat Cina yang meraikan perayaan itu.

Walaupun sebelum ini program itu tidak dapat dilaksanakan ekoran lonjakan kes pandemik COVID-19, namun pada tahun ini terdapat sedikit kelonggaran diberikan tetapi perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Justeru, Jeffrey dan Robert memanfaatkan program itu bagi menyantuni masyarakat cina serta peniaga di sekitar pasar umum sambil bertukar ucapan selamat Tahun Baru Cina kepada mereka yang meraikan.

Mereka (Jeffrey dan Robert) turut berharap apa jua bidang yang mereka ceburi itu akan kembali pulih seterusnya memperolehi kejayaan serta kemajuan dalam perniagaan pada masa akan datang.

Turut mengiringi Jeffrey dan Robert, Ketua Masyarakat Cina (KMC) Kapitan Anthony Chong Kong Min dan Pegawai Khas Pembangunan Pejabat ADUN Tambunan Saldivilla Wences.


utusanborneo.com.my/2022/01/30
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.055187 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list