CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4586|Reply: 4

6 Cara Masak Nasi Supaya Lambat Basi & Tahan Sampai 2 Hari

[Copy link]
Post time 30-1-2022 09:29 PM | Show all posts |Read mode
Edited by novelloverzz at 30-1-2022 09:31 PM



Kadang-kadang bila terlupa simpan lebihan nasi dalam peti sejuk, bangun pagi tengok-tengok nasi dah basi! Padahal baru dimasak tengahari semalam, tak sampai satu hari lagi pun. Adakah cara masak nasi yang salah?
Selepas ini bila nak masak nasi, jom guna 6 petua ini yang dijamin dapat mengatasi masalah tersebut. Nasi akan jadi lambat basi dan tahan 2 hari kalau ‘terlupa’ simpan dalam peti.

6 CARA MASAK NASI SUPAYA TAK CEPAT BASI


1. Basuh beras sehingga bersih
Gambar: craigsantosperez.wordpress.com

Ada yang berpesan elakkan basuh nasi banyak kali kerana risau semua nutrisi akan keluar. Walaubagaimanapun, jika beras hanya dicuci sekali, ia berpotensi menjadikan nasi yang dimasak menjadi cepat basi. Sebaiknya, apa yang anda boleh lakukan adalah mencucinya dengan betul dan pastikan air bilasan beras betul-betul keluar sebelum mencuci kali lagi buat kali kedua atau ketiga.
Anda juga boleh cuba membuat bilasan terakhir dan memasak nasi menggunakan air yang bertapis.


2. Periuk diduci dengan bersih
Gambar: instantpot.com

Salah satu lagi penyebab masalah nasi cepat basi adalah kerana adanya kotoran atau nasi yang masih melekat pada periuk yang digunakan. Jika diperiksa dengan teliti pada bahagian dalamannya, mungkin terdapat bahagian yang dikotori dengan karat atau kesan wap nasi. Ini boleh menjejaskan fungsi periuk dan juga kualiti nasi anda. Oleh itu, pastikan anda mencuci periuk nasi dengan bersih setiap kali selesai menggunakannya.


3. Jus limau nipis
Sebelum nasi dimasak, perahkan setengah biji limau nipis ke dalam 2-3 pot beras yang dah disukat dengan air. Jangan khuatir, rasa nasi tidak akan berubah meskipun ia telah ditambah dengan perahan limau ini. Malah, ia menjadikan nasi lebih harum dan tahan lama kerana keasidannya.


4. Lap wap nasi selepas dimasak
Gambar: demandstudios.com

Apabila nasi dimasak dengan periuk nasi elektrik, buka penutup periuk. Gemburkan nasi supaya ia masak secara rata dan biarkan wap yang terkumpul keluar daripada periuk. Dengan cara ini, nasi tidak akan menjadi lembab. Sebelum menutup semula nasi tadi, lapkan penutupnya dengan kain bersih. Ia akan menjadikan nasi tahan lama, lembut dan berderai dengan elok.


5. Tambahkan garam
Gambar: broomwithaview.com

Selepas mencuci beras dan menyukat air, masukkan secubit garam ke dalam periuk. Tujuan memasukkan garam adalah supaya nasi yang masak lebih tahan lama. Malah ia juga menjadikan nasi menjadi lebih sedap dan kenyal.


6. Panaskan periuk nasi atas dapur
Gambar: Suaida Salehudi

Jika anda terlupa dan nasi basi di dalam periuk, lakukan cara ini. Telingkupkan periuk nasi atas dapur, kemudian nyalakan api. Tindakan ini dapat membunuh semua bakteria yang masih tinggal sekaligus menjadikan nasi yang dimasak tahan lebih lama.

Petua ini adalah perkongsian dari Puan Suaida Salehudin. Tambahnya lagi, petua masak nasi turun-temurun ini memang berkesan dan nasi yang dimasak takkan basi walaupun dah 2 hari.

Semoga bermanfaat!

Kredit: Rencah Rasa







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2022 09:36 PM | Show all posts
jgn lupa jenis beras/jenama pun penting juga..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2023 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
yg no 3 tu adik pnh try. memang bkesan
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2023 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu guna cara no 6. My mom pesan lepas dah tenggek make sure periuk dah sejuk baru start masak nasi batch baru. Kalau masak time periuk panas selalunya nasi cepat basi jugak
No 2 pun betul sental sampai bersih periuk nasi takde keladak
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2023 03:46 PM | Show all posts
Although I am not interested in cooking, I will try it
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.049958 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list