CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 311|Reply: 0

[Sabah] ESSCOM sahkan pakar bom Mudzrimar masih hidup

[Copy link]
Post time 30-1-2022 05:02 PM | Show all posts |Read mode


MUDZRIMAR

LAHAD DATU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengesahkan orang yang dikehendaki Mudzrimar @ Mundi Sawadjaan masih hidup.

Sebelum ini, Mudzrimar dilaporkan terbunuh dalam satu insiden di selatan Filipina pada bulan Mei tahun lalu.

Komander ESSCOM, DCP Hamzah Ahmad berkata pihaknya mengesahkan perkara itu setelah menerima maklumat mengenai suspek.

“Maklumat tersebut diperolehi hasil perkongsian maklumat perisikan antara ESSCOM dengan Joint Task Force Sulu (JTFS) dan Western Mindanao Command (J2 WESTMINCOM).

“Mudzrimar disahkan masih hidup susulan beberapa siri pertempuran dan pertembungan pihak pasukan keselamatan Filipina dengan suspek sejak Julai 2021,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, suspek kini kekal berada dalam senarai dikehendaki pihak berkuasa (Wanted List) bagi membantu siasatan dalam kes-kes jenayah rentas sempadan dan penculikan untuk mendapatkan wang tebusan (KFR) di Pantai Timur Sabah (ESSZONE).

Terdahulu, ESSCOM telah mengeluarkan kenyataan berkenaan 20 individu dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes jenayah rentas sempadan dan KFR di kawasan itu.

Mudzrimar turut termasuk dalam lima individu baharu orang dikehendaki bersama Ahadin Hussein, Ellam Sajirin @ Nasirin, Ismurah Jirah dan Madjid Said @ Ammah Pattit.

Mudzrimar adalah pakar membuat bom serta perancang letupan bagi insiden di ‘The Our Lady Of Mount Carmel Cathedral Jolo’ pada 27 Januari 2020 dan insiden lain di Jolo pada 24 Ogos 2020.


utusanborneo.com.my/2022/01/30
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.064705 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list