CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 479|Reply: 0

[Kedah] 32 kes COVID-19 di Kolej Martikulasi Kedah

[Copy link]
Post time 30-1-2022 10:34 AM | Show all posts |Read mode

Orang ramai dan pelajar digalakkan menjalani ujian kendiri COVID-19 sebelum pulang bercuti. - Foto hiasan NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI

ALOR SETAR: Kedah mencatatkan satu lagi kluster institusi pendidikan selepas 32 kes COVID-19 disahkan di Kolej Martikulasi Kedah, Changlun.

Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Othman Warijo, berkata kluster terbabit diisytiharkan sebagai Kluster Dah Kayu Manis dan pelajar yang positif kini menjalani kuarantin di kampus.

"Individu yang menjadi kontak rapat atau bergejala juga tidak dibenarkan pulang ke rumah dan mereka diasingkan di dalam kampus sepanjang cuti Tahun Baru Cina ini.

"Hanya pelajar yang negatif saja dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
   

Sehingga hari ini, Kedah sudah mencatatkan 18 kluster institusi pendidikan.

Kluster berkaitan institusi pendidikan meliputi guru dan pelajar di Kedah mula direkodkan pada 11 Januari lalu, membabitkan Kluster Dah Che Bema yang tercetus, selepas dua hari sekolah dibuka semula.

Sementara itu, Dr Othman menasihatkan orang ramai melakukan ujian saringan kendiri saliva, sebelum pulang ke kampung sempena cuti Tahun Baru Cina.

"Amat penting setiap individu yang mahu berkunjung ke rumah sanak saudara atau kenalan memastikan mereka tidak bergejala seperti demam, batuk, selesema dan sesak nafas.

"Jika ada yang bergejala atau ujian saringan COVID-19 positif, batalkan perjalanan dan duduk di rumah," katanya.

Beliau berkata orang ramai juga diminta untuk mengehadkan masa ketika berada di tempat rehat atau awam seperti di kedai makan, tempat membeli belah, surau dan hentian rawat dan rehat (R&R).

Katanya, ketika sampai ke destinasi, pakai pelitup muka dan elakkan persentuhan dengan saudara dan sahabat yang tidak tinggal bersama.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 12:39 AM GMT+8 , Processed in 0.072254 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list