CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 293|Reply: 0

[Sabah] Polis Sabah Rampas Syabu, Ketamin Dalam Bungkusan Produk Kelapa

[Copy link]
Post time 29-1-2022 11:35 PM | Show all posts |Read mode


Mohad Zaidi menunjukkan dadah jenis syabu yang berjaya dirampas polis dalam dua serbuan berasingan di sekitar Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah apabila merampas syabu dan ketamin bernilai RM386,840 yang disorok dalam beberapa bungkusan produk berasaskan kelapa dalam dua serbuan di daerah ini.

Dalam kedua-dua serbuan itu, polis turut menahan tiga lelaki berusia 37 hingga 52 tahun dipercayai dalang sindiket berkenaan untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, tangkapan pertama dilakukan oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di Jalan Ranggung Batek, Likas kira-kira 2.45 petang Rabu lalu.

“Hasil pemeriksaan terhadap seorang lelaki berusia 37 tahun menemui kotak berisi tujuh bungkusan disyaki syabu seberat 7.174 kilogram dan siasatan lanjut membawa kepada tangkapan seorang lelaki lain di Luyang.

“Siasatan terhadap mereka kemudian membawa tangkapan ke atas seorang lagi lelaki berusia 50 tahun di depan sebuah pusat beli-belah di Alam Mesra, kira-kira jam 2 petang semalam.

“Pemeriksaan dalam beg silang yang dibawanya menemui syabu sebanyak 1.22 kilogram dan siasatan lanjut membawa kepada penemuan sebanyak 1.22 kilogram syabu dan satu kilogram ketamin di rumahnya di Kampung Bantayan, Inanam,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, di sini, hari ini.

Mohd Zaidi berkata, jumlah keseluruhan dadah yang dirampas adalah 9.218 kilogram syabu dan satu kilogram ketamin dengan nilai RM386,848 mengikut harga pasaran semasa.

“Siasatan mendapati modus operandi sindiket ini ialah membuat pesanan dari Semenanjung dengan menggunakan perkhidmatan penghantaran kurier melalui alamat palsu.

“Dadah itu diperoleh pada hari yang sama ketika suspek ditangkap dan kali ini mereka menukar modus operasi dengan menggunakan bungkusan produk berasaskan kelapa untuk mengaburi pihak polis,” katanya.

Katanya, dua suspek dalam tangkapan pertama masing-masing mempunyai enam dan tujuh rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah.

“Ketiga-tiga suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – HMetro


sabahpost.net/2022/01/29
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.062417 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list