CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 328|Reply: 0

[Sabah] Sembilan suspek kes gaduh guna senjata tajam ditahan reman

[Copy link]
Post time 29-1-2022 11:13 PM | Show all posts |Read mode


TULAR: Salah satu video yang tular memaparkan kes gaduh di lokasi kejadian.

TAWAU: Sembilan suspek yang terlibat dalam kejadian gaduh guna senjata tajam di Kubota Square, di sini Jumaat lalu ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Nor Azizulkifli Mansor berkata kesemua suspek yang ditangkap pada hari kejadian telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

“Majistret telah membenarkan kesemua suspek yang berumur 21 hingga 33 tahun itu ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bermula hari ini sehingga 1 Febuari depan.

“Kita akan menyiasat secara terperinci berkaitan isu kejadian tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Kesiksaan dan Seksyen 427 Kanun yang sama,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini bagi mengelak kekeliruan dan kegusaran masyarakat serta mengganggu siasatan pihak polis.

“Kami menasihatkan masyarakat supaya tidak sesekali menularkan maklumat yang tidak sahih kepada umum di media sosial tanpa pengesahan daripada polis.

“Sebarang maklumat berkenaan kes ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Nor Azizulkifli berkata, kejadian dipercayai berpunca dari perselisihan faham yang berlaku di dalam sebuah kafe sehingga membawa kepada pergaduhan.

“Bagaimanapun, hanya empat daripada kesemua suspek yang mengalami kecederaan ringan dan spekulasi berkenaan ada suspek yang putus jari adalah tidak benar,” katanya.

Terdahulu, IPD Tawau telah mengesan dua video yang tular di media sosial berkaitan satu kejadian pergaduhan di luar sebuah kafe di lokasi berkenaan.

Video berkenaan masing-masing berdurasi selama 30 dan 4 saat itu memaparkan kejadian pergaduhan berlaku melibatkan sekumpulan lelaki termasuk menggunakan senjata tajam.

Hasil siasatan pasukan polis berjaya membuat tangkapan seramai sembilan lelaki yang dikenal pasti terlibat dalam kes tersebut.


utusanborneo.com.my/2022/01/29
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:49 AM GMT+8 , Processed in 0.242115 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list