CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 378|Reply: 0

[Borneo] BKSS 8.0: PKS gusar kaedah permohonan dalam talian, minta kajian lebih terperinci

[Copy link]
Post time 29-1-2022 10:55 PM | Show all posts |Read mode


Nizam Khalyd

KUCHING: Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 8.0 dengan perbelanjaan RM285.47 juta dijangka memberi manfaat kepada rakyat terutamanya golongan perniaga untuk bangkit semula selepas pandemik COVID-19 yang melanda negara.

Meskipun begitu, tinjauan Utusan Borneo hari ini mendapati golongan peniaga khasnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) meminta agar satu kajian yang lebih terperinci dijalankan mengenai kaedah permohonan bagi mendapatkan bantuan di bawah BKSS 8.0.

Presiden Persatuan Usahawan Sarawak (SEA), Nizam Khalyd,39, berkata ia merupakan perkara yang menjadi kegusaran dalam kalangan ahli persatuan itu.

Jelasnya, hal ini kerana ramai ahli persatuan itu telah memberi maklum balas bahawa mereka mengikut panduan permohonan yang ditetapkan dalam talian, namun permohonan mereka gagal.

"Justeru, kita berharap kerajaan dapat membuka semula permohonan tersebut menerusi dalam talian dan disertakan maklum balas spesifik mengenai permohonan tersebut melalui talian atau kaunter, terutama sekali masalah permohonan yang tidak lengkap," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tentang peratusan tinggi PKS yang gagal mendapatkan bantuan BKSS 7.0 yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Jumaat.


Gideon Gino

Sementara itu, Gideon Gino, 38, amat gembira dengan pengumuman bantuan tersebut akan membantu meringankan beban golongan B40 terutama sekali mereka yang pernah kehilangan punca pendapatan.

"Syukur juga bayaran untuk bil elektrik dan air turut dikurangkan menerusi bantuan BKSS," katanya.

Tambah beliau, duit tidak pernah cukup untuk menampung keperluan seseorang walaupun masih bujang apatah lagi bagi mereka yang telah mempunyai keluarga.


Christian Changan

Manakala, Christian Changan, 47, menambah BKSS 8.0 bakal membantu lebih ramai orang untuk kembali pulih selepas mengalami banyak kekurangan dan kepayahan sewaktu pandemik COVID-19.

Beliau turut percaya sektor ekonomi Sarawak bakal berkembang secara perlahan-lahan dan pulih sepenuhnya selepas ini.


utusanborneo.com.my/2022/01/29
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.068267 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list