CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8890|Reply: 147

[Tempatan] Kemalangan maut sekeluarga dirempuh Navara di bawah pengaruh dadah di CSR

[Copy link]
Post time 29-1-2022 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Nenolen at 29-1-2022 08:27 AM

BENTONG – 28hb Jan 2022 - Empat sekeluarga yang terdiri daripada ibu dan tiga anak maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka dirempuh sebuah pacuan empat roda (4WD) yang dipercayai melanggar lampu isyarat merah di simpang lampu isyarat susur ke Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) berhampiran Kampung Lebu di sini hari ini.

Difahamkan mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu adalah seorang wanita dewasa, dua kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki.

Ketua Polis Daerah Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, kesemua mangsa yang menaiki MPV jenis Toyota Vellfire tersebut dalam perjalanan dari Kelantan ke Kuala Lumpur bagi menghadiri majlis kenduri kahwin.

“Berdasarkan keterangan saksi, Nissan Navara melanggar lampu isyarat merah sebelum melanggar MPV berkenaan.

“Siasatan awal pihak polis mengesyaki pemandu pacuan empat roda itu juga berada di bawah pengaruh dadah dan siasatan masih dilakukan,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, pemandu MPV dan pacuan empat roda berkenaan hanya cedera ringan.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, bomba yang bergegas ke tempat kejadian mendapati terdapat enam mangsa terlibat dalam kejadian itu.

“Empat mangsa yang maut terdiri daripada satu perempuan dewasa, dua kanak-kanak perempuan dan satu kanak-kanak lelaki manakala dua lelaki dewasa mengalami kecederaan.

“Pasukan bomba memastikan tiada lagi mangsa dalam kenderaan selepas kesemua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam,” ujarnya.

Mangsa yang maut dalam kejadian itu ialah penumpang MPV Raihan Mohamad,43, dan tiga anaknya iaitu Ahda Dalili Mohd. Nazri,14; Ahmad Muaz Mohd. Nazri,7, dan Ahda Imtinan Mohd.Nazri,4, manakala pemandu MPV yang juga suami mangsa mengalami kecederaan.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, pemandu MPV mengalami kecederaan di bahagian tangan manakala pemandu pacuan empat roda mengalami kecederaan di bahagian kepala.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raub untuk bedah siasat manakala pemandu pacuan empat roda jenis Nissan Navara dibawa ke Hospital Temerloh untuk rawatan lanjut,” ujarnya.

Kamarulzaman berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih dijalankan.

Jelasnya, berdasarkan ujian awal saringan air kencing terhadap pemandu pacuan empat roda mendapati positif dadah. – K! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-1-2022 10:15 AM | Show all posts
BENTONG – Polis menemui dadah dalam kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara dipandu seorang lelaki yang terlibat dalam kejadian kemalangan maut selepas melanggar lampu isyarat merah di simpang lampu isyarat susur Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) Kilometer 2 Jalan Lebu-Mempaga di sini.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, susulan itu polis akan menahan reman lelaki berusia 44 tahun berkenaan yang kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmah Shah (Hoshas) Temerloh untuk siasatan lanjut.

“Hasil ujian saringan awal air kencing terhadap pemandu Nissan Navara mendapati positif dadah jenis methamphetamine dan hasil pemeriksaan polis dalam kenderaan dinaiki suspek menemukan satu ttiub straw lutsinar berisi hablur jernih dipercayai dadah jenis syabu.

“Berdasarkan siasatan juga suspek mempunyai tujuh rekod lampau dan suspek akan direman untuk siasatan lanjut,”katanya di sini, hari ini.

Dalam kejadian kemalangan semalam, mangsa Raihan Mohamad,43, dan tiga anaknya iaitu Ahda Dalili Mohd, Nazri,14, Ahmad Muaz,7, dan Ahda Imtinan,4, maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka dirempuh sebuah pacuan empat roda di simpang lampu isyarat susur Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) dekat Kilometer 2 Jalan Lebu Mempaga di sini.

Semasa kejadian mangsa yang menaiki kenderaan Toyota Velfire dipandu suaminya dalam perjalanan dari Gua Musang, Kelantan ke Cheras, Kuala Lumpur bagi menghadiri majlis kenduri kahwin anak saudaranya.

Kejadian berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Velfire dinaiki mangsa dirempuh sebuah pacuan empat roda yang dipercayai melanggar lampu isyarat merah.

Menurut Zaiham, suspek disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Katanya suspek turut disiasar mengikut Seksyen 15 (1) (a) yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan pengawasan tidak kurang daripada dua tahun.

“Suspek turut disiasat di bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara tidak kurang 10 tahun dan didenda tidak kurang dari RM50,000.

“Pihak polis meminta saksi-saksi yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan,”ujarnya. -K! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2022 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts


Kiranya anak yg meninggal sulung dan bongsu la kan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2022 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Abahmung at 29-1-2022 12:51 PM





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2022 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
ada tgk news ni kt tv1 smlm
celaka nya driver navara tu.kalo nk amik dadah sgt, takyah la driving...pegi je la terjun lombong sana
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2022 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Sakit hati baca berita ni...nama pembunuh tu x de pulak disebut...moga yg membunuh ni dikenakan hukuman bunuh juga walaupun ni kes kemalangan tapi akibat kecuaian org lain ...org x bersalah mati...



Innalillah buat yg meninggal
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-1-2022 08:34 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2022 08:35 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-1-2022 08:36 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2022 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Hukum bunuh je penyebab kemalangan maut!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2022 08:38 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2022 08:39 AM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 29-1-2022 08:30 AM
ada tgk news ni kt tv1 smlm
celaka nya driver navara tu.kalo nk amik dadah sgt, takyah la driving... ...

kannnn...mmg kaka noreeennnn kan ajer driver navara tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2022 08:41 AM | Show all posts
noor2 replied at 29-1-2022 08:34 AM
Sakit hati baca berita ni...nama pembunuh tu x de pulak disebut...moga yg membunuh ni dikenakan huku ...

tak da nama but noor...tu kaka ada tepek gambag driver navara yg kaka dpt dr blog...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2022 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Nenolen replied at 29-1-2022 08:38 AM

Muka pembunuh...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2022 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Nenolen replied at 29-1-2022 08:39 AM
kannnn...mmg kaka noreeennnn kan ajer driver navara tu...

Noreeen tu hapeeeee....noor idakla paham sampai sekarang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2022 08:43 AM | Show all posts
imransulaiman replied at 29-1-2022 08:37 AM
Hukum bunuh je penyebab kemalangan maut!

Agree...especially clear case mcm nie...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-1-2022 08:43 AM | Show all posts
Innalillah...salam takziah buat keluarga mangsa...AlFatihah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2022 08:44 AM | Show all posts
noor2 replied at 29-1-2022 08:42 AM
Noreeen tu hapeeeee....noor idakla paham sampai sekarang

Kaka2 bod gosip panggil bab* as noreennnn...hehehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2022 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnalilahi rojiuun...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2022 08:53 AM | Show all posts
Jahat betul, tak pasak pasak orang lain jadi mangsa...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2022 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kes langgar peraturan ni, sabit kan jenayah jer
Kalau undang2 jalan raya mudah2 jer la
Mudah nak buat 'keja' kat jalan kan
Langgar jer

Tengok kes yg penang bridge tu
3thn jer
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2022 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat situ mmh rmi yg suka langgar trafic..mentsng2 keter xbnyk..blum.ckp lagi atas csr...mentang2 highway baru buka kemain eh korang testvspeed..haper ingt jalan tuh BAPAK KO PUNYA?
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2022 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
ada video yg anak arwah 2 orang tgh menangis berdekatan jenazah si kakak yg tu naik kete lain dgn pak sedara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.088336 second(s), 59 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list