CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 376|Reply: 1

[Sarawak] Covid-19 28/01/2022

[Copy link]
Post time 28-1-2022 07:37 PM | Show all posts |Read mode





11 kes COVID-19 di Sarawak hari ini, tiada kematian

KUCHING: Sarawak merekodkan sebelas kes positif baharu COVID-19 hari ini, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes di negeri ini meningkat kepada 252,762 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata, daripada sebelas kes tersebut, enam kes direkodkan di daerah Kuching, satu di Kapit dan masing-masing dua kes di Miri dan Bau.

“Kesemua kes baharu itu membabitkan kategori klinikal satu dan dua. Tujuh kes melibatkan kategori satu (tiada gejala) manakala empat kes membabitkan kategori dua (gejala ringan).

“Tiada kes kematian akibat COVID-19 dan tiada kluster baharu dikesan pada hari ini,” ujarnya.

Mengenai notis kompaun JBPNS memberitahu, polis Sarawak mengeluarkan 16 kompaun terhadap individu yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP).

Jelasnya sepuluh notis kompaun berkenaan dikeluarkan di daerah Kuching (10) manakala selebihnya dikeluarkan di Sibu.

“Antara kesalahan yang dilakukan adalah gagal mengimbas QR Code MySejahtera atau mencatat kehadiran sebelum memasuki premis (7), tidak menjaga penjarakan fizikal (6) dan tidak memakai pelitup muka (3).

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan notis kompaun dikeluarkan sehingga kini sebanyak 13,062,” ujarnya.


utusanborneo.com.my/2022/01/28
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-1-2022 07:38 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.060537 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list