CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 390|Reply: 1

[Pulau Pinang] 50,000 kenderaan sehari dijangka masuk Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 28-1-2022 01:07 PM | Show all posts |Read mode
50,000 kenderaan sehari dijangka masuk Pulau Pinang
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 28 Januari 2022


Mohd Shuhaily (dua dari kanan) memberi beg cenderahati kepada salah seorang peniaga di Pasar Jalan Perak.


GEORGETOWN- Pulau Pinang dijangka akan mengalami penambahan jumlah kenderaan sehingga 50,000 sehari sepanjang sambutan Tahun Baharu Cina yang akan disambut minggu hadapan.


Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, selain penduduk Pulau Pinang yang tinggal di luar pulang untuk beraya, pengunjung luar juga dijangka akan masuk ke negeri ini untuk bercuti.


Sehubungan itu, beliau menasihatkan semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan ketika memandu supaya tidak berlaku kemalangan.


"Kita menjangkakan lebih 50,000 kenderaan akan memasuki ke Pulau Pinang setiap hari sepanjang Tahun Baharu Cina bermula esok. Selain rakyat Pulau Pinang yang pulang beraya, orang luar juga akan memasuki negeri ini untuk bercuti.


"Selain untuk beraya, pengunjung akan ke sini untuk menghabiskan cuti panjang mereka. Oleh itu, saya menasihatkan semua pengguna jalan raya memandu dengan berhemah untuk mengelakkan kemalangan berlaku," katanya selepas merasmikan Ops Selamat 17 sempena Tahun Baru Cina 2022 di Pasar Jalan Perak di sini pada Jumaat.


Ops Selamat 17 bermula dari Jumaat sehingga 6 Februari nanti.


Katanya lagi, antara jalan yang dikenalpasti akan berlaku kepadatan kenderaan serta hot spot kes kemalangan adalah Jalan Teluk Tawar- Jalan Bagan Luar; Jalan Perusahaan Perai-Jalan Kulim; Jalan Besar Simpang Empat; Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu/Jalan Ayer Itam; Jalan Ayer Itam-Paya Terubong, Jalan Sultan Azlan Shah dan Jalan Tun Dr Awang.


Mengulas mengenai penugasan sempena Ops Selamat 17, beliau berkata, seramai 110 pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Pulau Pinang akan terlibat dalam operasi berkenaan.


"Fokus Ops Selamat ini antaranya mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan memastikan rumah yang ditinggalkan dalam keadaan selamat.


"Jumlah keseluruhan anggota dan pegawai polis di Pulau Pinang adalah 6,000 lebih, semua bertugas seperti biasa, tiada penambahan. Cuti tidak dibekukan namun kita hadkan," katanya.


Sementara itu Mohd Shuhaily turut menasihati orang ramai supaya mematuhi larangan bermain mercun pada musim perayaan.


"Saya ingin berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana tidak mengadakan rumah terbuka sempena Tahun Baharu Cina kerana menghormati prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi menghentikan penularan Covid-19.


"Walaupun kunjung mengunjung dibenarkan, saya ingin mengingatkan orang ramai supaya mematuhi SOP pada setiap masa,” tambahnya.




Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -masuk-Pulau-Pinang
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2022 02:51 PM | Show all posts
huh.. dok umah lg bagus lah.. dr mkn jammed, p kedai nu jem, kedai ni jem..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.393798 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list