View: 518|Reply: 6
|
Sanggup Palsukan Sijil, Cakap Isteri Dah Mati Sebab Nak Kahwin Lain
[Copy link]
|
|
Jakarta – Seorang lelaki di Bali, Indonesia tergamak memalsukan surat kematian isterinya semata-mata kerana dia mahu berpoligami, lapor portal berita Suara.com.
Lelaki bernama Suraji, 56, itu dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Negeri Denpasar, manakala rakan subahanyat, Abdul Munir pula dikenakan penjara enam bulan.
Isteri Suraji, Diah Suartini memberitahu, dia hadir ke pejabat agama untuk mengesahkan perkahwinannya bersama suaminya selepas lelaki itu mengaku berkahwin lain dengan wanita bernama Hernanik.
Suraji (kiri) dana Abdul Munir (kanan) ketika prosiding mahkamah yang dilakukan secara online. Kredit Foto: Suaradewata
“Saya pergi ke pejabat agama kerana saya hairan bagaimana suami boleh berkahwin lain sedangkan saya tidak memberi izin.
“Apabila diperiksa, rupanya nama saya telah ditulis sebagai meninggal dunia,” kata Diah.
Tambah Diah, sejak Suraji berkahwin baharu, kebajikan dia dan anak-anak sering terabai.
“Saya sakit hati. Dia menipu mengatakan saya sudah meninggal dunia sejak 2016 demi berkahwin baharu.
“Kami sudah bersama selama 33 tahun selepas berkahwin pada 1 Ogos 1989,” ujarnya. –CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Ni la kecicakan....muka so-so je pun nafsu tinggi melangit |
|
|
|
|
|
|
|
Kat Bali suami nak poligami kena. Dapat persetujuan isteri.. pi luar negara tu..wanita dari negara sana pun boleh berpoligami. |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa yang kata Ndogneshia Islam ikut sukati mak pak meka ja bebas kawin campur ngesek bebas tak ikut ajaran Islam bebetul - tengok la ini burita. Sama je Muslim sana cam Mesia ko ni. Nak poligami kena minta idzin dulu. Bab nipu sebab nak poligami pun sama juga. |
|
|
|
|
|
|
|
Kerja sia2 dan sia2 kena masuk penjara |
|
|
|
|
|
|
|
kalo kek mesia, bukan some states tak perlu kebenaran 1st wife?
sgor, perak ktam rasanya
ntah,,, pocit meols tawen 2nd wife pun senyap2, siap beranak pinak mocit kena tipu idop2
last2 umo 2nd wife pendek, jadik arwah, baru la terhegeh2 nak suh 1st wife sama anak2 1st wife accept. sbb budak tu sebatang kara jeee.. mcm gampenggggg
time joli mendonia holiday sana sini tinggal 1st wife dgn anak2 takde pulak rentua tu pikir.. yihhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Dekat malaysia, tak perlu pun izin dr isteri pertama..tp dengan syarat harus minta izin dgn mahkamah. Dr mahkamah akan panggil isteri pertama utk pengesahan, cek ini itu sama ada cukup.ke tak selama hidup dgn suami tak guna tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|