CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 925|Reply: 1

Anak Tak Sangka Pian Cecupak Buka Pusat Tahfiz

  [Copy link]
Post time 28-1-2022 09:46 AM | Show all posts |Read mode
Pesanan Allahyarham Pian Cecupak yang sering mengingatkan agar menjaga dan menguruskan pusat tahfiz miliknya rupa-rupanya bukan satu gurauan.


Anaknya, Nuraina Fazrin, 25, berkata, dia mengetahui kewujudan pusat tahfiz itu selepas menghubungi nombor telefon yang ditinggal kepadanya.


Kata Nuraina, dia akan menguruskan permintaan arwah itu selepas urusan pengebumian ini selesai.




Foto: Google




"Abah mesej beritahu fasal pusat tahfiz dia. Dia suruh jaga apabila dia tiada, selalu cakap benda tu dengan saya.


"Saya macam tak fikir apa-apa pun, dia cakap jangan anggap dia gila... rupanya benda tu betul-betul dia buat.


"Saya baru dapat contact number pusat tahfiz tersebut, saya tak tahu yang abah sebelum ni ada pusat tahfiz cuma dia pernah beritahu suruh uruskan pusat tahfiz tu.


"Tapi saya tak tahu lagi lokasinya di mana, lepas dah uruskan jenazah abah baru saya akan uruskan hal pusat tahfiz tu," katanya kepada mStar.


Dalam pada itu, Aina turut berasa terkilan kerana tidak dapat bertemu dengan bapanya untuk memberitahu tentang kehamilan anak keduanya.


Tambah Aina, dia merancang untuk keluar makan bersama keluarga dan bapanya pada Sabtu ini namun hasratnya itu tidak kesampaian.


"ada 30 Januari ni sepatutnya dah plan nak ajak abah pergi keluar makan, tapi abah kata dia tak ada kerana ada hal.


"Tak sangka pula dia betul-betul dah tiada sekarang.


"Saya pun tak sempat nak beritahu abah yang saya mengandung anak kedua, tak sempat nak beritahu apa-apa," ujarnya.







Allahyarham Pian atau Mohd Rafik Abdul Rahman dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Taman Batu Muda, Kuala Lumpur pada pagi Khamis.


Arwah yang meninggal dunia pada usia 52 tahun dipercayai akibat serangan jantung selamat disemadikan kira-kira pukul 11.10 pagi.


Arwah menghembuskan nafas terakhir di kediaman ibunya di Taman Dato Senu, Sentul kira-kira pukul 8 malam, Rabu.-CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2022 04:12 PM | Show all posts
TAKZIAH..
mek xtau nk taip ape, tp semoga d permudahkan urusan anak arwah menyempurnakan amanah arwah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.049929 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list