CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 336|Reply: 0

[Sabah] Kerjasama kerajaan, masyarakat Tionghua bantu jayakan SMJ

[Copy link]
Post time 27-1-2022 09:45 PM | Show all posts |Read mode


SIMBOLIK: Hajiji (tengah) memalu gendang bersama tetamu undangan yang lain sempena majlis itu.

RANAU: Kerjasama masyarakat Tionghua diperlukan dalam usaha memajukan negeri ini bersama-sama kerajaan.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, ia termasuk menjayakan agenda Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang dilancarkan kerajaan negeri pada Mac tahun lalu.

Menurutnya, tahun harimau dalam zodiak Cina tahun ini yang melambangkan kuasa, kehebatan dan keberaniannya diharap akan terus membawa negeri ini maju ke hadapan dan rakyat hidup dalam keadaan aman damai.

"Saya juga berharap perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama di negeri ini tidak diganggu-gugat dengan anasir-anasir yang mampu membawa kepada perpecahan," katanya sempena majlis Penyerahan Kepala Singa kepada Dewan Perniagaan Tionghua Ranau dan perasmian Tahun Baharu Cina 2022 di Dewan Persatuan Hakka di sini hari ini.

Pada majlis itu, beliau turut menyerahkan enam kepala singa sebagai bantuan kerajaan negeri kepada persatuan masyarakat Tionghua di daerah ini.

Enam persatuan berkenaan ialah Dewan Perniagaan Tionghua Ranau, Persatuan Hakka Ranau, Tokong Chon Chu Kung Ranau, Persatuan Tarian Naga dan Singa Kinabalu Ranau, Persatuan Hokkien Ranau, dan Persatuan Peranakan Tionghua Ranau.

Hajiji berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM1 juta untuk bantuan kepala singa di seluruh negeri, bagi menggantikan kepala singa yang sudah usang.

"Pada tahun ini, kerajaan negeri memberikan bantuan membekal kepala singa kepada tokong-tokong dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan melalui Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

"Penyerahan bantuan kepala singa sempena Tahun Baharu Cina jelas menunjukkan komitmen Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang sentiasa menekankan dasar keadilan dan kesaksamaan dalam semua aspek serta sentiasa membantu rakyatnya tanpa mengira bangsa dan agama.

"Saya berharap sumbangan ini akan memberi manfaat dan memupuk semangat kesaudaraan serta meningkatkan perpaduan dalam kalangan rakyat di negeri ini," katanya.

Hajiji turut berharap sumbangan kerajaan GRS itu akan memberi manfaat dan memeriahkan lagi sambutan Tahun Baharu Cina dalam kalangan masyarakat Tionghua di daerah ini dan seluruh Sabah.

Katanya, sejak dua tahun lalu, rakyat tidak dapat mengadakan majlis seperti ini disebabkan pandemik COVID-19 hingga memaksa kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Bagaimanapun, dalam keadaan negara semakin pulih dan beberapa kelonggaran dibenarkan kerajaan dalam fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN), ia membolehkan majlis seperti ini dianjurkan namun dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat," katanya.

Sementara itu beliau berkata, kerajaan GRS tahun ini juga memperuntukkan jumlah yang besar kepada sekolah dan badan keagamaan bukan Islam iaitu sebanyak RM47 juta sekali gus menjadikan ia jumlah terbesar yang diluluskan kerajaan negeri.


utusanborneo.com.my/2022/01/27
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.054127 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list