CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 314|Reply: 1

[Sarawak] Covid-19 27/01/2022

[Copy link]
Post time 27-1-2022 08:59 PM | Show all posts |Read mode




Sarawak rekod 19 kes COVID-19 hari ini

KUCHING: Sarawak merekodkan 19 kes baharu COVID-19 hari ini, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes di negeri ini meningkat kepada 252,751 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi laporan berkata kesemua kes baharu itu membabitkan kategori klinikal satu dan dua.

Jelasnya, 10 kes terdiri daripada kategori satu (tiada gejala) manakala selebihnya lagi adalah kategori dua (gejala ringan).

Di daerah Sibu, lima kes positif baharu COVID-19 direkodkan hari ini. Ia diikuti Kuching (5), Miri (3), Song (2) dan masing-masing satu kes di Kapit, Limbang, Samarahan dan Bukit Mabong.

JPBNS juga memaklumkan tiada kes kematian akibat COVID-19 dan tiada kluster baharu hari ini.

Mengenai notis kompaun, polis Sarawak mengeluarkan tujuh kompaun, kesemuanya di daerah Kuching akibat melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP).

Kesalahan yang dilakukan adalah gagal mengimbas QR Code MySejahtera dan mencatat kehadiran sebelum memasuki premis.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan notis kompaun dikeluarkan polis Sarawak sehingga kini sebanyak 13,046.


utusanborneo.com.my/2022/01/27

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-1-2022 09:00 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.372263 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list