CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 461|Reply: 8

[Tempatan] 3 NGO cabar keputusan keabsahan sekolah vernakular

[Copy link]
Post time 27-1-2022 08:41 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 27-1-2022 04:42 AM

3 NGO cabar keputusan keabsahan sekolah vernakularFMT Reporters -

January 27, 2022 8:15 PM


Kemasukan ke sekolah vernakular adalah perkara pilihan, justeru ia tidak melanggar hak mana-mana orang bawah Perlembagaan, Mahkamah Tinggi memutuskan bulan lalu.


PETALING JAYA: Tiga NGO yang memfailkan saman mengenai keabsahan sekolah vernakular memfailkan rayuan mereka minggu ini selepas kes itu ditolak oleh Mahkamah Tinggi bulan lalu.

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Pembangunan Pendidikan Islam (MAPPIM) dan Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (GAPENA) berkata mereka telah mengarahkan peguam memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

“Kami berharap rayuan ini akan dapat memperjelas kedudukan isu perlembagaan, dan tidak dijadikan sebagai isu perkauman oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab,” kata mereka.

Bulan lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Ghazali memutuskan bahawa penggunaan bahasa Tamil dan Mandarin di sekolah vernakular adalah mengikut Perlembagaan.

“Sekolah-sekolah ini bukan entiti awam seperti yang ditakrifkan dalam Perlembagaan Persekutuan untuk menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar,” katanya ketika menolak saman terhadap kewujudan sekolah vernakular.

Nazlan berkata, perlu dilihat undang-undang dan Perlembagaan sebelum dan selepas Merdeka yang menyediakan perlindungan bagi penggunaan bahasa-bahasa ini dan kewujudan sekolah sedemikian.

Dalam tuntutan itu mereka memohon deklarasi bahawa Seksyen 2, 17 dan 28 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), yang membenarkan penggunaan Bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa perantaraan utama di sekolah vernakular adalah bercanggah dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, justeru batal dan tidak sah.

Tambah Nazlan, tiada asas untuk menyatakan sekolah vernakular melanggar Perkara 5, 8, 10, 11 dan 12 Perlembagaan.

Nazlan berkata, penggunaan bahasa-bahasa ini sebagai bahasa pengantar pengajaran di sekolah menepati Perlembagaan dan dilindungi bawah pengecualian dalam Perkara 152(1)(a) dan (b) Perlembagaan Persekutuan.

“Kemasukan ke sekolah vernakular adalah satu pilihan. Sukar untuk dilihat bagaimana penubuhan dan kewujudan sekolah-sekolah ini melanggar hak mana-mana individu mengikut Perlembagaan,” katanya.

Kerajaan dinamakan sebagai defendan dalam saman itu. Bagaimanapun, mahkamah kemudian membenarkan parti politik dan kumpulan lain dimasukkan sebagai defendan bersama.

Mereka termasuk MIC, MCA, Gerakan dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia; Kumpulan pendidik Cina Dong Zong dan Jiao Zong, Majlis Bahasa Cina Malaysia dan SMJK Chong Hwa; dan Persatuan Thamizhar Malaysia, Persatuan Tamilar Thirunal (Perak), Persatuan Gabungan Kebajikan Guru-Guru Bersara Sekolah Tamil, Persatuan Malaysia Tamil Neri Kalagam, dan Gabungan Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tamil Malaysia.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2022 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Habsah Hassan tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Apakah maksud keabsahan?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kata dasar adakah 'sah'? Legitimacy ka?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2022 08:58 PM | Show all posts

Rupanya banyak juga perkataan melayu yang kita belum pernah dengar sebelum ini


Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 27-1-2022 08:58 PM
Rupanya banyak juga perkataan melayu yang kita belum pernah dengar sebelum ini

Itulah. Kalau baca sepintas lalu saja jadi kebasahan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2022 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
abahcow ijau cirit yang prihatin lagi berpenjana serta berlestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+ lagi pemulih serta bercitra sudah mula tekan button tentang keabsahan papadafi untuk elakkan PRN Johor
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia ni lembabaun tgk indo nyaman2 cina india pakat ngomong
Bole je didik bangsa lain
Done sesekali bekap friskis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2022 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
apa yg dipersetujui masa 'bagi ' dahulu???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.069962 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list