CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2556|Reply: 28

Saksi kata Zizie Izette layak terima RM2.8 juta

  [Copy link]
Post time 27-1-2022 08:26 PM | Show all posts |Read mode
Saksi kata Zizie Izette layak terima RM2.8 juta


Isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Zizie Izette hadir ke Mahkamah Kuala Lumpur hari ini bagi bicara kes berhubung pelaburan bagi mendapatkan kelulusan FELCRA membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual depan Hakim Rozina Ayob. - Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu isteri Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad layak menerima wang pengenalan RM2.8 juta memandangkan pelakon itu memperkenalkan suaminya untuk FELCRA membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Perunding unit amanah Norhaili Ahmad Mokhtar, 45, berkata bayaran wang pengenalan yang diberikan kepada Zizie Izette itu adalah strategi pemasaran pihaknya apabila wanita itu turut memperkenalkan seorang pegawai kanan FELCRA untuk membuat pelaburan sama.

"Saya menghubungi Datin Seri (Zizie Izette) mengatakan pelaburan dibuat FELCRA (RM150 juta) telah berjaya dan pada masa sama, saya mendapat komisen daripada pelaburan itu. Saya kemudian beritahu kepada Datin Seri yang saya ingin memberikannya wang pengenalan itu.

"Saya pakar (pelaburan) dalam menceritakan kepada rakyat Malaysia tentang kehebatan unit amanah tetapi saya tidak boleh masuk ke dalam syarikat-syarikat besar yang tidak tahu tentang apa saya buat," katanya.


Bung Mokhtar hadir ke Mahkamah Kuala Lumpur hari ini bagi bicara kes berhubung pelaburan bagi mendapatkan kelulusan FELCRA membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual depan Hakim Rozina Ayob. - Foto BERNAMA

Saksi pendakwaan ke-25 itu berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How pada perbicaraan kes rasuah dihadapi Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Menyentuh mengenai komisen yang diperoleh selepas berjaya mendapatkan pelaburan (RM150 juta) itu, Norhaili berkata beliau dan Madhi Abdul Hamid, 43, yang juga ejen (Public Mutual) masing-masing memperoleh komisen RM2.9 juta.

"Apabila mendapat komisen itu, saya dan Madhi berbincang tentang pengurusan komisen itu dengan mengambil kira faktor seperti pengurusan pelaburan FELCRA dan kos operasi jangka panjang kerana pelaburan ini mengambil tempoh lebih tujuh tahun untuk matang dan kami juga ambil kira kos cukai untuk diuruskan dalam tempoh berkenaan," katanya.

Semasa disoal Law mengapa Zizie Izette perlu dibayar RM2.8 juta, saksi itu berkata Zizie Izette layak menerima wang pengenalan itu setelah mengambil kira segala perbelanjaan kos, cukai dan faedah bulanan selagi pelaburan FELCRA di bawah jagaannya.

"Kalau saya, ...saya tidak nampak jumlah itu besar tetapi saya melihat penjagaan akaun FELCRA untuk jangka panjang. Ia (wang pengenalan) layak untuk Datin Seri Zizie Izette.

"Seingat saya pembayaran wang pendahuluan RM2.2 juta itu dalam bentuk cash (tunai) di Public Bank di Melawati telah diuruskan oleh Madhi, selebihnya RM800,000 dimasukkan semula ke dalam Public Mutual Berhad atas nama Datin Seri Zizie Izette," kata Norhaili.

Ditanya Law mengapa pihak Public Bank hanya membayar RM2.2 juta sedangkan RM2.8 juta sepatutnya dibayar Zizie Izette, saksi itu berkata: "Pada waktu itu Public Bank tidak mempunyai wang tunai yang mencukupi dan saya juga telah menasihatkan Datin Seri (Zizie Izette) untuk membuat pelaburan di Public Mutual Berhad.

"Saya juga menasihatkan Datin Seri Zizie Izette untuk melabur antara RM600,000 hingga RM800,000 dan ia diuruskan oleh Madhi dan seorang lagi konsultan Public Mutual," kata Norhaili.

Bagaimanapun, saksi itu tidak dapat mengingati berapa jumlah cek yang telah dikeluarkan namun cek tersebut tertera nama Public Mutual Berhad dan nombor kad pengenalan Zizie Izette.

Dalam prosiding itu, Norhaili berkata, tiada elemen rasuah dan permintaan rasuah daripada Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette manakala wang RM2.8 juta yang diberikan kepada pelakon itu bukan rasuah, sebaliknya adalah wang pengenalan.

Norhaili akan menyambung keterangannya pada 14 Feb ini. Pada prosiding itu, peguam Datuk K Kumaraendran mewakili Zizie Izette dan M Athimulan bertindak bagi pihak Bung Moktar.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung Moktar, 64, yang juga Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA ketika itu, didakwa menerima rasuah daripada Madhi menerusi Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang, 12 Jun 2015.

Beliau juga mengaku tidak bersalah menerima suapan wang tunai RM335,500 daripada Norhaili di bawah nama Zizie Izette atas sebab sama dan di tempat sama pada 19 Jun 2015.

Zizie Izette, 44, pula mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama. – BERNAMA

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... ak-terima-rm28-juta

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2022 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes2 org kaya politician ni semua boleh jangka kesudahannya
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 08:56 AM | Show all posts
kelassssss......  pengerusi paksi company invest lepas tu pengerusi + isteri dapat komission...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 09:45 AM | Show all posts
obviously conflict of interest. takkan felcra takde procedure mende2 camni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
The money goes in a circle... Eventually to B s  household. Enjoyed by B and Z s clans.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 10:07 AM | Show all posts
senyum tak perlu kat apa2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2022 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Nampak macam halal kan? Hurm
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Ibu contoh...bg mkn duit haram kat anak2.knp zizi ni xnk buat production house ye.tgk mcm ziela jalil,rafiena,yusof haslam.kaya juga..mereputlh kau dgn cikibung dlm penjara tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2022 12:24 PM | Show all posts
wat malu jah, tapi derang ni semua muka tembok
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
dejure replied at 28-1-2022 10:44 AM
Ibu contoh...bg mkn duit haram kat anak2.knp zizi ni xnk buat production house ye.tgk mcm ziela jali ...


Kenapa nak keje susah² kalau ada mudah?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 28-1-2022 12:36 PM
Kenapa nak keje susah² kalau ada mudah?

Mudah apa..nasib tak baik meringkuk ke dalam tu..salah satu cth passport kena tahan.tu pasal bercuti kat genting saje.kalau tak dia mst dh p berambus kat oversea bercuti dgn anak2 dia.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 02:16 PM | Show all posts
kenapa tak hangkut sekali haili dgn madhi tu sekali jah
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 02:43 PM | Show all posts
i rasa i pon lawak dapat sikit.no akaun xxxxxxxxxxxxx
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 02:44 PM | Show all posts
tak mintak banyak rm 10k.nak bayar ptptn .huhuh
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
hulur la rm100k pun jd la Kat haku haaaa..nk buat umah pprt nie...pls kaka zizie
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Xde ummah nk cerca berjemaah khuenst bukti terang2 ada. Bila anak atok bukti takda kemain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2022 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Layak??? Masalahnya 150juta tu duit kau ker??
Stakat jd introductory je..and ko bukan staff Felcra pun...atas kapasiti apa utk ko rembat duit felcra hah babi sial punya zizik
Stakat laki ko ada jawatan board dlm felcra, itu tak bermakna ko ada hak utk determine duit felda nk melabur ke mana.
Bangsat sial
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak harap next PRU korang semua humban je la politicians babi mcm laki zizik ni
Sudah2 la dpt bangsat2 ni dlm kepimpinan negara and GLCs
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku doakan life ko dan keturunan ko dpt musibah selalu
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 04:05 PM | Show all posts
ikukan memang legit pun komisyen pengenalan tu... cumanya iols taktau felcra punya rules macam mana... mana boleh ahli jawatan bagi sekian2 pelaburan ke atau tender pada ahli keluarga sendiri agittewwww...

kalau zizie tak dapat komisyen pengenalan tu orang lain yang akan dapat kalau dia perkenalkan...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.099359 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list