CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 339|Reply: 0

[Sarawak] Penduduk Ba'kelalan rasai gegaran akibat gempa bumi di Utara Kalimantan

[Copy link]
Post time 27-1-2022 05:27 PM | Show all posts |Read mode


Lokasi gempa bumi yang dikesan di Utara Kalimantan, Indonesia pagi ini. -Gambar Kredit FB Agensi Pengurusan Bencana Negara Jabatan Perdana Menteri

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam laman sesawang hari ini berkata, gempa itu berlaku di 4.3° Utara dan 116.3° Timur Kalimantan Utara.

"Gempa itu dikesan 46 kilometer (km) barat laut Sapulut, Sabah pada kedalaman 12km.

“Gegaran turut dirasai di Limbang dan Lawas, di Sarawak," katanya.

Sementara itu, penduduk kampung di Long Semadoh A, Lapangan Terbang Long Semadoh, Long Semadoh Naseb, kakitangan Sekolah Kebangsaan (SK) Long Semadoh dan klinik Long Semadoh, yang terletak berhampiran Ba Kelalan di Lawas dikejutkan dengan gegaran kuat kira-kira jam 5 pagi hari ini.

Laporan juga menyebut gegaran itu dirasai penduduk kampung di Puneng Trusan.

Beberapa penduduk kampung melaporkan rumah mereka bergegar akibat gegaran itu.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dilaporkan setakat ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Tujuh Limbang, Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal berkata pegawai pemantau diketuai oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas Azman Ibrahim bergerak ke lokasi yang mengambil masa tiga jam perjalanan darat bersama pemandu bagi menyiasat punca gegaran sebaik menerima laporan 8.10 pagi.


utusanborneo.com.my/2022/01/27
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:09 AM GMT+8 , Processed in 0.051433 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list