CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 444|Reply: 1

[Terengganu] Tuah Rezki buktikan anak orang asli mampu berjaya

[Copy link]
Post time 27-1-2022 05:21 PM | Show all posts |Read mode

Tuah Rezki menerima Diploma Pengajian Bank pada Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ke-12 pada Khamis.

KUALA NERUS - Pelajar daripada suku kaum Semai, Tuah Rezki Putri Uda Minit menjadi satu-satunya graduan orang asli yang menyerikan pentas konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ke-12 kali ini.

Graduan berasal dari perkampungan orang asli Kampung Chenderong Kelubi, Perak itu menerima Diploma Pengajian Bank yang disampaikan Naib Canselor, Profesor Dr Fadzli Adam bersama 254 graduan lain.

Walaupun kedua ibu dan bapanya tidak dapat hadir kerana berdepan masalah pengangkutan, graduan berusia 23 tahun itu tetap kelihatan ceria meraikan hari penuh bermakna.

"Walaupun saya datang seorang diri, saya tetap bangga kerana dapat menamatkan diploma dan menyambung pengajian di peringkat sarjana muda demi mengubah nasib hidup keluarga saya”

"Saya gembira dan bersyukur serta menanam azam mahu menjadi contoh yang terbaik untuk bangsa muda orang asli," katanya ketika ditemui selepas Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ke-12, di sini pada Khamis.

Bapa Tuah, Minit Bah Los, 59, dan ibunya, Juliana Bah Uda, 54, tidak dapat hadir pada majlis konvokesyen kerana tiada kenderaan dan perjalanan yang agak jauh.

Tuah Rezki yang merupakan anak kelima daripada enam beradik kini menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Sukan dan Rekreasi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

Katanya, dia banyak menimba ilmu sepanjang pengajian peringkat diploma di UniSZA.

"Banyak perkara yang saya belajar sendiri dari segi pelajaran, pengurusan kewangan, pengurusan diri dan berkomunikasi dengan rakan-rakan.

"Saya tidak pernah malu menjadi orang asli kerana saya mahu orang asli setara dengan bangsa lain”, katanya yang bercita-cita menjadi seorang pensyarah.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -asli-mampu-berjaya
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2022 03:32 PM | Show all posts
Cantik nama gadis ini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.089053 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list