CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 667|Reply: 7

[Tempatan] PRN Johor: Amanah 20 kerusi, PKR 20 kerusi, DAP 16 kerusi, Muda 0 Pejuang 0

  [Copy link]
Post time 27-1-2022 12:24 PM | Show all posts |Read mode
PRN Johor: Amanah 20 kerusi, PKR 20 kerusi, DAP 16 kerusi
    Oleh KHAIRUL MOHD. ALI
    27 Januari 2022, 11:49 am

JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) memuktamadkan pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal ditandingi setiap parti komponen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata, Amanah dan PKR masing-masing akan bertanding 20 kerusi manakala baki 16 kerusi lagi akan diberikan kepada DAP.

Menurut beliau, kesepakatan itu dicapai Majlis Presiden PH dalam mesyuarat yang diadakan, kelmarin.

“Berhubung soal pengagihan kerusi bagi PRN Johor, kita sudah capai persetujuan di mana PKR akan bertanding 20 kerusi, Amanah 20 kerusi manakala DAP 16 kerusi.

“Namun dalam masa sama, kita juga masih membuka ruang perbincangan bersama mana-mana parti lain sekiranya mereka mahu menjalin kerjasama bersama PH dalam PRN Johor ini.

“Jika dengan penyertaan mereka boleh meningkatkan lagi peluang kemenangan kepada PH, ketiga-tiga pucuk pimpinan parti akan mengadakan perbincangan secara bersama,” katanya dalam sidang akhbar di Permas Jaya, di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim dan Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan.

Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja memberitahu, ketika ini perbincangan berhubung kerjasama dengan parti-parti lain sedang berjalan dan akan diputuskan dalam tempoh sehari dua ini.

“Antara parti yang dimaksudkan termasuk Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

“Senarai calon bagaimanapun masih dalam perbincangan dan belum dimuktamadkan buat waktu ini,” katanya sambil memberitahu Amanah akan turut bertanding di kerusi DUN campuran.

Sementara itu, Aminolhuda pula berkata, Amanah Johor telah menyerahkan nama-nama calon yang akan bertanding di kesemua 20 kerusi DUN diperuntukkan buat mereka.

“Senarai calon yang akan bertanding memang sudah siap, cuma sekarang kita tunggu pengesahan daripada kepimpinan pusat. Daripada 20 kerusi ditandingi, 14 kerusi akan ditandingi calon muka baharu termasuklah melibatkan sebahagian daripadanya calon muda,” jelasnya.

Pada 22 Januari lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor selepas menerima mengadap Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat pada 9 Februari ini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting berkaitan PRN Johor.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-1-2022 12:26 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 01:21 PM | Show all posts
hmm...interesting, wow depa siap dah letak kerusi kerusi , PRN Johor ye.

i am curious about BN now...

macam mane depa nak letak kerusi dan siapa penyandang kerusi ADUN kali ni.

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Syed Suck Dick tersenyum sinis

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 03:59 PM | Show all posts
majoriti 3 penjuru mcm kat melaka.

bn vs pn vs ph
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
3 penjuru ka terbulu-bulu ka tedagunanya kalu jagong isytihar darul urat!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2022 04:58 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 27-1-2022 01:21 PM
hmm...interesting, wow depa siap dah letak kerusi kerusi , PRN Johor ye.

i am curious about BN now. ...

very interesting kali ni mcm mana PH akan hilang byk kerusi
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah bosan dengan BN dan PH.. Pejuang, muda dan warisan nampak menyakinkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.061631 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list