View: 3126|Reply: 15
|
Raysha Rizrose Tak Suka Kongsi Sebab Belum Kahwin
[Copy link]
|
|
Selain Maembong dan Manrose, nama keluarga Senrose antara yang tidak asing pada kalangan penggiat seni dan peminat hiburan tempatan.
Apatah lagi, mewakili keluarga itu tentunya dua pelakon jelita adik-beradik, Uqasha dan Nelydia yang begitu menarik perhatian ramai.
Namun, tidak dilupakan juga seorang lagi anggota keluarga mereka yang menjadi perhatian ialah Raysha Rizrose, 26, masih solo tetapi 'sudah berpunya'.
Foto: IG
Ternyata, sisi peribadi Raysha yang sebelum ini agak tertutup seperti kisah cintanya kini mula terbuka dan jadi tarikan dalam kalangan segelintir warga maya.
Ditambah, selepas kekasihnya, Nabil Jeffri juga seorang pelumba kereta Formula 3 berkongsi foto mereka pada majlis perkahwinan Uqasha dan Kamal Adli di media sosial.
Raysha ketika ditemui baru-baru ini berkata, dia tidak pernah menyembunyikan hubungan cinta dengan Nabil, tetapi jarang berkongsi foto bersama kerana mereka masih belum berkahwin atau mempunyai hubungan sah.
"Mengenai hubungan kami sebenarnya ramai juga yang sudah tahu kerana saya dan dia (Nabil) berkawan sejak sekolah. Cuma, saya selesa tidak terlalu berkongsi kisah kami kerana belum berkahwin.
"Jadi, saya fikir buat apa beriya sangat berkongsi benda belum pasti dan hubungan kami pun belum halal. Namun, saya okey saja dengan perhatian netizen yangingin tahu kisah peribadi saya.
"Sejujurnya, saya gembira sebab sekurang-kurangnya mereka (netizen) ambil peduli tentang aktiviti harian serta mahu berkongsi rasa bahagia saya. Malah, saya tak sedikit pun berfikir negatif," katanya.
Raysha yang kini muncul membintangi drama Ex Aku Pontianak sebagai watak Suraya berkata dia sebenarnya seorang berpersonaliti 'introvert', sangat pamalu dan takut untuk ke depan sekiranya mahukan apa-apa.
"Tetapi, disebabkan saya ada dua orang kakak yang dikenali ramai dan kami membina karier dalam bidang sama membuatkan saya perlu berusaha cari keseimbangan untuk berkongsi juga mengenai kisah diri yang tidak berlebihan.
"Jadi, apabila melihat ada segelintir warganet yang bertindak membuat perkongsian foto-foto dan kisah diri saya di platform media sosial mereka, perkara itu sangat dihargai. Apatah lagi, saya seorang selebriti dan sudah memilih kerjaya ini," katanya.
Menurut Raysha, dia juga sedar kehidupan selebriti itu memang menjadi perhatian ramai. Justeru, selagi tidak keterlaluan apa yang dikongsikan netizen maka baginya tidak mengapa dan okey saja. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Gambar dgn uqasha tu I nampak mcm kak lina pompom. Ingat dah kurus lepas pantang. |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni cantik tapi mcm sejenis boring pastu bila berlakon kayu sikit. |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni dengan Nelydia beza umur 2 tahun je…laku keras mak deols..abih edah terus disambar agaknya..tapi mak deols mmg cantik pun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni cantik...body pon letops |
|
|
|
|
|
|
|
teks dia mcm lbh span jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lawa2 semua. Tp raysha plg x lawa. Senrose > manrose > rizrose
So semua ni sama mak ke mcm mana? |
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 28-1-2022 12:46 PM
Lawa2 semua. Tp raysha plg x lawa. Senrose > manrose > rizrose
So semua ni sama mak ke mcm mana?
Senrose & Rizrose sama mak.. Manrose sepupu deyols.. mak dorg adik beradik.. mak Manrose pelakon 80an arwah Rosnah Mohd Noor. |
|
|
|
|
|
|
|
fadz84 replied at 28-1-2022 01:19 PM
Senrose & Rizrose sama mak.. Manrose sepupu deyols.. mak dorg adik beradik.. mak Manrose pelakon 8 ...
Rizrose ni byk ikut muka ayah ke? Sbb x lawa sgt |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
fadz84 replied at 29-1-2022 07:35 PM
Ni haa pic ayah raysha..
Ayah Raysha nampak chinese look, mcm byk ikut muka ayah pun ye. Mak diorang ni lawa, ada ler nampak muka arwah Rosnah. Tapi dalam 3 beradik ni, Nelly paling cantik dimata iols sbb muka sweet dan ayu. |
|
|
|
|
|
|
|
delia3003 replied at 29-1-2022 08:26 PM
Ayah Raysha nampak chinese look, mcm byk ikut muka ayah pun ye. Mak diorang ni lawa, ada ler nampa ...
Ai pon rsa nelly plg lawa dlm adik bradik diorg.. muka sweet n soft.. uqasha tu cm muka keras sket.. ???? |
|
|
|
|
|
|
|
delia3003 replied at 29-1-2022 08:26 PM
Ayah Raysha nampak chinese look, mcm byk ikut muka ayah pun ye. Mak diorang ni lawa, ada ler nampa ...
Cuols. Idung si uqa tu ori ke. Cmm hidung mat saleh |
|
|
|
|
|
|
|
Nampk macm nely dah bertudung balik umrah..dekat ig |
|
|
|
|
|
|
| |
|