CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2076|Reply: 31

[Tempatan] Menjelang CNY, banyak tempahan diterima utk kerepek ngaku aka sengkuang cina

  [Copy link]
Post time 26-1-2022 10:28 PM | Show all posts |Read mode
Kerepek ngaku jadi buruan musim perayaan Tahun Baharu Cina
9 hrs ago

KOTA BHARU - Menjelang perayaan Tahun Baharu Cina, kerepek ngaku atau sengkuang cina pastinya menjadi kudapan pilihan masyarakat Cina kerana ia adalah sejenis ubi yang bermusim setahun sekali antara Disember hingga Februari sahaja.

Peniaga kerepek ngaku, Rohayu Wahidin, 35, berkata, dia tidak menang tangan untuk menyiapkan permintaan penggemar kerepek ngaku kerana rata-rata pelanggannya sudah mengetahui bila musim ubi ngaku akan muncul.

"Idea untuk mengusahakan ubi ngaku ini tercetus apabila melihat Facebook rakan saya membuat kerepek tersebut dan suatu hari apabila saya pergi ke sebuah pasar raya di Kota Bharu, saya ternampak ada jual ubi ngaku dan terus membelinya untuk cuba memproses ubi ini di rumah.

"Kita boleh makan ubi ngaku ini sekali setahun sahaja, musim lain memang sukar untuk menemuinya, sebab itulah ia unik dan ramai tidak tahu mengenai ubi ngaku ini," katanya ketika ditemui Bernama di kediamannya dekat Kampung Panji, di sini baru-baru ini.

Wanita berasal dari Bukit Sagu di Kuantan, Pahang itu berkata, selepas meletakkan gambar kerepek ngaku di Facebook, permintaan terhadap kerepek itu masih mendapat sambutan meskipun harganya agak mahal berbanding jenis kerepek sedia ada di pasaran.

"Saya menjual ubi ngaku ini dengan harga sangat berpatutan mengikut saiz berat yang diletakkan di dalam balang kerana harga ubi ngaku mentah adalah sekitar RM10 hingga RM12 sekilogram.

"Bagi saiz paling kecil iaitu saiz 'S' beratnya adalah 80 gram (g) dijual dengan harga RM10, saiz 'M' (130g) bernilai RM17 dan saiz 'L' (320g) berharga RM34," katanya yang telah menetap di Kelantan lebih sembilan tahun.

Rohayu berkata kaedah untuk memproses kerepek ngaku ini tidaklah sukar kerana ia sama seperti pembuatan kerepek ubi lain yang perlu dikupas kulitnya sebelum digoreng.

"Selepas kulit ubi ngaku ini dikupas kulitnya, kita perlu basuh dan sagat ubi ini sebelum dimasukkan ke dalam minyak yang mendidih bagi mengelak ia melekat, setelah garing ia ditos dan disejukkan.

"Kerepek ngaku yang original tidak perlu diletakkan garam, namun terdapat sesetengah pelanggan gemarkan rasanya sedikit masin," katanya.

Katanya, bagi musim ini, lebih 70 kilogram kerepek ngaku yang diusahakannya dijual secara dalam talian dan kaedah bayar selepas terima (COD) atau penghantaran kepada pelanggannya dari serata tempat sama ada dalam atau luar negara seperti Singapura.

"Pelanggan kerepek ngaku ini terdiri daripada pelbagai kaum, Cina, Melayu dan India. Kerepek ini rangup, rasa lemak, manis dan masin.

"Kerepek ngaku ini dipercayai mempunyai banyak khasiat yang baik untuk kesihatan malah jualan secara kecil-kecilan dari rumah ini, saya dapat meraih pendapatan secara purata kira-kira RM2,000 hingga RM3,000 sebulan," katanya.

Rohayu berharap perniagaan yang diusahakannya ini mendapat bantuan daripada mana-mana agensi berkaitan seperti mesin sagat, mesin pengering minyak dan set dapur. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-1-2022 10:29 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 10:37 PM | Show all posts
setiap kali raya cina mmg aku cari mende alah neh.sedap..tak tebal mcm kentang
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
sedap ni.. nak cari lah nnt
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kepek arrowhead. Time cny baru nampak org jual. Bermusim ke buah ni?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu2 rajin gak buat masa tu benda alah ni tak viral sgt tau pun kat blog kawan duk buat.
Pastu iols pun beli lah kat tesco, sampai ahso2 tanya u beli buat apa ye? Iols ckp buat kerepek. Dorang pun pelik tgk iols duk beli buah ni.

Kena pandai jaga api nnt tak cantik gorengannya, guna api kecik je.
Mkn mmg sedap nk buat tu malas nk kupas kulit, nak menyagat bagai.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2022 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Peberet ni. Tunggu CNY nak krup krap
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Penah buat kepek tapi masih ada rasa getah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2022 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedap mmg sdp manis je walau x letak garam. tp x leh mkn byk iols rasa angin satu badan..kerepek keledek,keladi & sukun pon x sekuat  gitu..klu mkn byk sakit sendi2.bdn iols kot yg x sesuai mkn.pnh tgk aunty cina goreng sagat kat atas kuali..cantik la x melekat.kena 2 org la sorang goreng & kacau kuali sorang sagat.baru cantik mcm.org jual tu..iols buat bentuk huru hara janji cpt siap..jemu nk.hbs kn menyagat!
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Kerepek sukun pernah ler rasa, kerepek arrowhead ni belum pernah try sbb baru 1st time dengar. Tapi bila dah viral ni mesti susah ler kot nak dapat.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Tong tong chang
Tong tong chang
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 01:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedap gile
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 02:03 AM From the mobile phone | Show all posts
lasagnaklcc replied at 26-1-2022 10:56 PM
Kepek arrowhead. Time cny baru nampak org jual. Bermusim ke buah ni?

mmg bermusim.. kat shopee org jual mahal juga
rm15/ sebalang sederhana besar
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 03:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedapnya kerepek ngaku ni. Pernah buat 2 kali sekarang dah malehhhh.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 08:14 AM | Show all posts
buat sendiri lebih murah, bukan susah pun

beli.. cuci.. kupas.. hiris.. goreng api pelan, angkat, tos dah gaul dgn sedikit garam

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 08:18 AM | Show all posts
arrowhead dgn sengkuang cina tu benda yang berbeza kalau tak salah aku..

sengkuang cina yg dorang buat air & cina jual buah selalu jual tu...

kalau arrowhead kt pasaraya banyak jual
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2022 08:31 AM | Show all posts
acik ni goreng tak cantik, salu goreng kaler putih, tp kn guna api selowwwwww

pehtu kn hiris nipis2 and dia kuat melekat.. meols mmg berchinta goreng ngaku ni sendiri, lg baloi rasa beli je. sbb  dah goreng penat2, kejap je abesss

if buat masak pun boleh, boleh ganti kentang masak ayam kicap.. dapppp
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 08:43 AM | Show all posts
n3ar replied at 27-1-2022 08:18 AM
arrowhead dgn sengkuang cina tu benda yang berbeza kalau tak salah aku..

sengkuang cina yg dorang b ...

arrowhead- nga ku

sengkuang cina- water chestnut

dua-dua sedap
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 08:45 AM | Show all posts
adik iols kata aunty kedai dibi kat rmh tu mmg buat benda ni bila nk CNY
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2022 08:46 AM | Show all posts
Kitty_catz replied at 27-1-2022 08:31 AM
acik ni goreng tak cantik, salu goreng kaler putih, tp kn guna api selowwwwww

pehtu kn hiris nipis2 ...

panaskan minyak, guna mandoline terus hiris masuk kuali, jadi tak melekat..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.061618 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list