CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 245|Reply: 0

[Tempatan] Tanpa perlu berguling demo toll percuma Jejambat terpanjang Sarawak Jejambat Nyabau sebahagian Lebuhraya Percuma Pan Borneo dibuka untuk orang ramai pelbagai kaum.

[Copy link]
Post time 26-1-2022 05:30 PM | Show all posts |Read mode
https://sarawakvoice.com/2022/01 ... k-dibuka-malam-ini/

KUCHING:  Satu sejarah akan tercipta di Sarawak malam ini.

Jejambat terpanjang di negeri ini sepanjang 1.2 km  – Jejambat Nyabau di Bintulu akan dibuka pada tengah malam ini.

Projek itu ialah Pakej Kontrak Kerja 10 Projek Lebuh raya Pan Borneo (LPB).

Jejambat itu  akan dibuka kepada orang awam bermula pukul 11:59 malam ini.

Menurut Unit Lebuhraya Pan Borneo, Jabatan Kerja Raya Sarawak, jejambat terpanjang di Sarawak itu dibuka dari laluan utama menuju ke arah Miri.

Jelasnya, ia bermula dari arah lampu isyarat Bintulu ke Miri, dan laluan utama menuju ke arah Sibu, bermula dari lampu isyarat Bintulu ke Sibu.

“Jejambat Nyabau merupakan salah satu jejambat (interchange/flyover) yang terdapat di bawah jajaran seksyen Nyabau iaitu salah satu daripada tiga jajaran seksyen di bawah WPC10 selain daripada jajaran seksyen Niah dan Bakun,” katanya menerusi satu kenyataan.

Sementara itu, pengguna jalan raya diingatkan supaya berhati-hati apabila menggunakan jejambat itu demi keselamatan semua pihak.

Ini katanya termasuk mematuhi had kelajuan maksimum 60 kilometer sejam, tidak melepak atau berhenti di atas jejambat,dan tidak melakukan vandalisme.

Mereka juga tidak dibenarkan berlumba serta berjalan atau berjoging  di atas jejambat berkenaan.

Untuk rekod, jejantas terpanjang di dunia ialah Bang Na Expressway di Bangkok, Thailand sepanjang 55 km.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.175494 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list