View: 734|Reply: 9
|
[Tempatan]
Daging penguin halal dimakan umat Islam
[Copy link]
|
|
Daging penguin halal dimakan umat Islam
Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR
26 Januari 2022, 12:09 pm
PUTRAJAYA – Malaysia bukanlah habitat bagi penguin, namun daging spesies burung air itu sebenarnya halal dimakan umat Islam.
Berdasarkan penjelasan diberikan Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menerusi portal Maktabah Al-Bakri, daging penguin halal untuk dimakan kerana haiwan itu termasuk dalam kategori burung air.
Menurutnya, ia juga tidak termasuk dalam kategori burung yang mempunyai kuku yang kuat dan boleh melukakan sebagaimana yang dilarang oleh Nabi SAW.
“Pada asasnya, ulama mazhab Syafie berpendapat, semua jenis burung air adalah halal untuk dimakan kecuali burung bangau kerana terdapat perbezaan pendapat mengenainya.
“Tambahan lagi Imam al-Ghazali ada menyebutkan bahawa semua burung air itu hukumnya adalah harus untuk dimakan dan begitu juga seluruh haiwan air yang lain kecuali haiwan yang ada bandingannya dengan haiwan di darat yang haram,” katanya. – K! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
Arnab pun saya tak makan sebab comel. Inikan pulak pingu? Untungnya org yg boleh makan mcm2, boleh rasa kepelbagaian.
Saya cuma boleh makan ikan, udang, sotong, ayam. Lembu dan kambing pulak, saya tak gemor |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib Malaysia tak ada penguin melainkan kat Zoo jadi selamatlah ia dari jadi santapan disini |
|
|
|
|
|
|
|
macam mana la rasa penguin ni kan.. dan isi dia macam mana lembut ke, kenyal ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
ustazah aku dlu kata haram..dua alam
aku siap bertekak dgn kawN2 dlu pasal ni |
|
|
|
|
|
|
|
Adakah penguin ni dikira binatang dua alam. Penguin hanya masuk laut kerana menangkap ikan sedangkan habitatnya ialah di darat kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Belah mana tu yang dubuk ka anjing halal dimakan? Arab? |
|
|
|
|
|
|
|
sekngucing replied at 26-1-2022 01:32 PM
ustazah aku dlu kata haram..dua alam
aku siap bertekak dgn kawN2 dlu pasal ni
Ustaz sekolah aku pula kata burung pipit haram dimakan sebab saiznya kecik. Yo yo oh dia je. Aku dok sebelah awek Muslim so bila meka sembang pasal hukum, aku tumpang dengar. |
|
|
|
|
|
|
|
nolya replied at 26-1-2022 02:09 PM
Adakah penguin ni dikira binatang dua alam. Penguin hanya masuk laut kerana menangkap ikan sedangk ...
sama.mcm ketam batulah..dua alam..padahal dia duduk atas darat ja... |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 26-1-2022 02:28 PM
Ustaz sekolah aku pula kata burung pipit haram dimakan sebab saiznya kecik. Yo yo oh dia je. Aku d ...
antara penjelasan halal.haram.binatang ni ialah ia.memburu..berkuku..berparuh..mengigit binatang lain
ia.mempunyai sifat jahat suka kacau binatang lain..jd haram.dimakan
eh...itu bukankah sifat semulajadi.predator? mana ada binatang jahat...dia.memburu sebab dia makan daging
binatang...alam dan alam semulajadi tak berupaya mempunyai sifat spt.manusia mcm jahat..tamak..haloba..dengki..iri hati...berdendam dll |
|
|
|
|
|
|
| |
|