LaLaport pertama Asia Tenggara dibuka di Malaysia
| | 25 Januari 2022
Pusat beli-belah Lalaport pertama di Asia Tenggara di Bukit Bintang City Centre, Kuala Lumpur yang dibuka pada 20 Januari lepas.
SYARIKAT hartanah terkemuka Jepun, Mitsui Fudosan Co Ltd menerusi anak syarikatnya di Malaysia, MFBBCC Retail Mall Sdn Bhd telah membuka pusat beli-belah Lalaport pertama di Asia Tenggara di Bukit Bintang City Centre, Kuala Lumpur pada 20 Januari lepas.
MFBBCC dalam satu kenyataan berkata, pusat beli belah yang dikenali sebagai Mitsui Shopping Park LaLaport Bukit Bintang City Centre (LaLaport BBCC) itu menampilkan gaya hidup yang berasal dari Jepun dengan bertemakan Modern Simplicity dan Japanese Flavour.
“Dengan tema berinspirasikan alam semula jadi, LaLaport BBCC menempatkan sebanyak 400 kedai yang dibuka secara berperingkat.
“Pelbagai jenama terkenal dari Jepun turut disediakan, antaranya Nitori (kedai perabot), Nojima (kedai peralatan digital dan perkakas rumah) dan Coo&RIKU (kedai haiwan dengan gabungan kafe kucing,” kata kenyataan itu pada Selasa.
LaLaport BBCC bukan sahaja menawarkan pelbagai pilihan kedai makanan, fesyen, gaya hidup dan kecantikan, malah ia juga menawarkan pengalaman kepada pelanggan untuk menikmati aliran dalam dan luar pusat beli-belah.
“Anda boleh memilih berjalan-jalan di Central Rooftop Garden (L4) atau pilih untuk melawat WOW PLAZA (GF) untuk memperoleh pengalaman menakjubkan,” katanya.
Sempena pembukaan, Lalaport BBCC turut mengadakan kempen ‘Belanja dan Menang 2022’.
“Bermula 20 Januari hingga 27 Februari, pelanggan yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM300 dan ke atas di kedai yang berbeza berpeluang memenangi Hadiah Utama Toyota Corolla Cross serba baharu bernilai RM140,000!
“Secara keseluruhan, sebanyak 80 hadiah utama disediakan daripada syarikat seperti Sony, Garmin, North Face, Sunglass & Visionworld, Herschel, Salomon dan Evolcare,” katanya.
Teringin juge nak pergi, saja window shopping nak tengok produk Jepun. Dah namapun barangan Jepun, pastilah harganya setaraf Yen. Cuma buat masa ni, mampu tengok2 aje le.
Post time 26-1-2022 10:20 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dua_chzy replied at 26-1-2022 08:57 PM
Tingin gak tinggal hotelnya nanti huntok tengok okeh ke idok. Mana la tau boleh main cak2 dengan a ...
Sedare iolls kerja qc buat lalaport ni. Mmg dari awal masuk site dah kena kacau.. boss chinese siap buat mcm-mcm cara dorg heheh. Banduan nak main tulis tulis pun ada katanya
Post time 26-1-2022 10:21 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by dua_chzy at 26-1-2022 10:26 PM
hareeeesah replied at 26-1-2022 10:20 PM
Sedare iolls kerja qc buat lalaport ni. Mmg dari awal masuk site dah kena kacau.. boss chinese sia ...
Ha amekaw. Ini yang ramai netz awal2 dah speku. Cina lagi la pircaya sana banyak ruh2 tak tenang bukan senang nak halau totally cleanse itew tempat. Ada juga yang terkilan tempat bersejarah gini diruntuhkan.