CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 284|Reply: 1

[Dunia] Thailand beri lampu hijau tanam ganja di rumah

[Copy link]
Post time 26-1-2022 09:10 AM | Show all posts |Read mode
Thailand beri lampu hijau tanam ganja di rumah

https://www.malaysiakini.com/news/608399

Reuters
Diterbitkan:  Jan 25, 2022 9:39 PM⋅
Dikemaskini: 9:39 PM



GLOBAL | Lembaga Narkotik Thailand pada Selasa berkata ia akan mengeluarkan ganja daripada senarai dadahnya, membuka jalan kepada orang ramai untuk menanam tumbuhan itu di rumah bagi kegunaan sendiri.

Thailand menjadi negara Asia Tenggara pertama yang menghalalkan ganja pada 2018 untuk kegunaan perubatan dan penyelidikan.

Di bawah peraturan baru itu, orang ramai boleh menanam tanaman ganja di rumah selepas memaklumkan kepada pihak majlis tempatan mereka tetapi ganja berkenaan tidak boleh digunakan untuk tujuan komersial tanpa lesen lanjut, kata Menteri Kesihatan Anutin Charnvirakul kepada pemberita.

Peraturan itu mesti diterbitkan dalam Warta Diraja rasmi dan perlu menunggu selama 120 hari sebelum tumbuhan ganja di rumah menjadi sah di Thailand.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Thailand pada minggu ini akan membentangkan draf rang undang-undang berasingan kepada parlimen yang menyediakan butiran mengenai penggunaan ganja secara sah, termasuk pengeluaran dan penggunaan komersialnya, termasuk garis panduan penggunaan rekreasi.

Ganja yang ditanam sendiri perlu digunakan untuk tujuan perubatan seperti ubat herba tradisional, maklum ketua pengawal selia makanan dan dadah, Paisal Dankhum menjelaskan pihak berkuasa akan melakukan pemeriksaan rawak.

Draf rang undang-undang baru itu memperuntukkan kesalahan menanam ganja tanpa makluman kepada kerajaan dengan hukuman denda sehingga 20,000 baht (AS$605.33) dan menetapkan denda sehingga 300,000 baht atau tiga tahun penjara, atau kedua-duanya, kerana menjualnya tanpa lesen.

Langkah itu merupakan dasar terbaru Thailand dalam rancangan untuk mempromosikan ganja sebagai tanaman bernilai tinggi. Kira-kira satu pertiga daripada tenaga buruhnya bekerja dalam bidang pertanian, menurut Bank Dunia.

Syarikat minuman dan kosmetik Thai tahun lepas bergegas melancarkan produk ganja hem dan sebatiannya CBD, selepas penggunaannya diluluskan untuk barangan pengguna.

($1 = 33.0400 baht)

(Laporan oleh Chayut Setboonsarng dan Panarat Thepgumpanat; Penulisan oleh Panu Wongcha-um; Suntingan oleh Martin Petty)


- Reuters


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2022 09:15 AM | Show all posts
Wutt!! pm anak pokok / benih please
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.070371 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list