CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1645|Reply: 11

[Jenayah] Index Persepsi Rasuah MEROSOT 2 tahun berturut-turut di era PN

  [Copy link]
Post time 25-1-2022 01:27 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 9-2-2024 11:48 AM

KUALA LUMPUR – Malaysia jatuh lima anak tangga kepada kedudukan ke-62 dalam penarafan global Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International Malaysia (TI-M) 2021 daripada 180 negara yang dikaji.

Ia merupakan tahun kedua berturut-turut negara mengalami penurunan dalam kedudukan tersebut.

Transparency International (TI) berkata, skor Malaysia jatuh di bawah paras 50 mata kepada 48 untuk 2021, daripada 51 dan 53 masing-masing pada 2020 dan 2019.

Malah, buat pertama kali sejak 2012, dengan skor tersebut Malaysia kini berada dalam kelompok antara 2/3 negara dengan skor di bawah 50.

”Markah dan kedudukan CPI Malaysia telah jatuh sejak dua tahun berturut-turut dan ini jelas menunjukkan kita tidak langsung mencapai kemajuan yang diharapkan tetapi sedang menuju arah kemerosotan dari segi membanteras rasuah, menyokong hak asasi manusia dan demokrasi,” katanya.

Dalam kalangan negara ASEAN, Malaysia menduduki tempat ketiga selepas Singapura (skor 85) dan Brunei (skor 60).

Singapura adalah satu-satunya negara Asia yang berjaya mencapai 10 teratas, menduduki tempat keempat selepas Denmark, Finland dan New Zealand.

Sementara itu, dalam kalangan negara Islam terpilih, Malaysia menduduki tempat keenam selepas Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Brunei, Oman dan Arab Saudi.

Pada tahun ini, Denmark, Finland dan New Zealand menduduki tangga teratas Indeks dengan skor 88 markah, manakala Venezuela, Syria, Somalia dan Sudan Selatan berada di tangga terbawah, dengan markah masing-masing sebanyak 14, 13, 13 dan 11.

TI-M percaya kemerosotan ini berpunca daripada beberapa sebab iaitu antaranya tindakan yang sangat terhad daripada kerajaan sedia ada dan kerajaan sebelum ini dalam membendung aktiviti rasuah politik dan mengukuhkan Hak Asasi Manusia di Malaysia.

Sebagai contoh, Akta Pembiayaan Politik yang dijadual dibentang di Parlimen oleh dua kerajaan sebelum ini masih belum terlaksana, juga draf Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) kepada versi yang tidak efektif dan dijenamakan semula sebagai Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC)

Yang tragisnya, kes-kes kematian dalam tahanan masih berlaku di lokap polis walaupun selepas Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dijalankan pada tahun 2015.

Selain itu, kurang kehendak dalam memperbaharui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi institusi anti-rasuah yang benar-benar bebas dan berada di bawah tanggungjawab Parlimen seperti yang dicadangkan oleh masyarakat sivil pada 2015.

Tafsiran yang terlalu longgar terhadap Akta Rahsia Rasmi yang membawa kepada kurangnya ketelusan dalam hal berkepentingan awam seperti kontrak rundingan secara langsung.

Punca lain, ‘melepaskan tanpa membebaskan’ sesetengah individu yang didakwa dalam kes berprofil tinggi telah memberikan persepsi negatif tentang perjalanan proses undang-undang di Malaysia.

Penjelasan yang lebih jelas daripada Jabatan Peguam Negara adalah penting dalam mengurangkan persepsi sedemikian.

Kemajuan yang terhad dalam kemas kini awam mengenai kes berprofil tinggi seperti kes pemerdagangan manusia di Wang Kelian, Skandal Air Sabah dan Kapal Tempur Littoral yang masih tergantung dan tiada khabar selanjutnya.

Juga, kekurangan hasil yang boleh diukur dilihat daripada NACP (Pelan Anti-Rasuah Nasional) yang merupakan dokumen komprehensif dengan inisiatif dan sasaran yang jelas.

Memandangkan kejayaan ini terletak pada pelaksanaannya, TI-Malaysia menyeru agar Ketua Setiausaha Negara diberi kuasa untuk memimpin usaha pelaksanaan dan dipertanggungjawabkan dalam memastikan segalanya berjalan lancar.

Namun, malang sekali kemajuan amat terhad dalam hal ini.

TI-M berkata, penggantungan Parlimen dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dengan pakej rangsangan ekonomi yang besar jumlahnya telah diteruskan tanpa perbahasan dan penelitian Parlimen.

Laporan negatif yang berterusan mengenai salah laku dan tadbir urus yang lemah oleh pegawai kerajaan dalam laporan Ketua Audit Negara yang kelihatan berulang-ulang dan tidak diambil tindakan tatatertib.

https://malaysiagazette.com/2022/01/25/malaysia-ditangga-ke-62-dalam-indeks-persepsi-rasuah/




Single Polls, Total 28 Users voted

Count down: 360 Days21 Hours8 min.

Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2022 01:31 PM | Show all posts
seperti dijangka..tak tergezut ponn
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasuah bermaharaja lela sejak kerajaan melayu isele mentadbir negara..Takbir

Makan babi dgn makan rasuah sama tarafnya disisi Islam  
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Diiktiraf Negara Islam yg paling examplary in the eyes of  the world...

Korang ghaser?

Ini semua agenda agenda halus yahudees...mencemburui umat islam negara ini...ditabur fitnah sebesar ini....










Kahkahkahkahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
buat malu je lah

tak rasa apa agaknya geng geng dumbno dan pis ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
MelahJanda replied at 25-1-2022 08:50 PM
buat malu je lah

tak rasa apa agaknya geng geng dumbno dan pis ni

Biarla dunia nak kata apa...namun gunung ku daki akan ku daki jua....kita bukan bolot sorang ok....kita sedut billions kita pulangkheun semula pada rakyat in hundreds of thousands dlm bentuk bantuan here and there...tak ok kewww?


Kahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2022 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape nak hairan
Dr sekecik2 pekerjaan hingga sebesar2 jawatan
Semua main kabel, hulur sana sini
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 10:49 PM | Show all posts
Dalam kenaikan harga macam-macam barang keperluan, kita patut bersyukur sebab ada juga benda yang turun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2022 09:25 AM | Show all posts
antivax sijil palsu masok list tak?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2024 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
kam3n replied at 25-1-2022 10:49 PM
Dalam kenaikan harga macam-macam barang keperluan, kita patut bersyukur sebab ada juga benda yang tu ...

Ohhh mcm zaman skrg ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2024 10:03 AM | Show all posts
Tahniah......
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2024 12:43 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 1-3-2024 01:01 PM
stingereez replied at 25-1-2022 09:48 PM
Biarla dunia nak kata apa...namun gunung ku daki akan ku daki jua....kita bukan bolot sorang ok... ...

Ingat .. Rasuah adalah perilaku warisan orang  melayu sejak era empayar melaka...

Sekarang opsi apa yang nak diambil ataudipilih oleh pihak kerajaan .... menghilangkan rasuah  atau  tetap  melestarikan atau mengekalkan budaya warisan melayu .... Tentu saja  option yang paling baik dan rasional  adalah tetap mempertahankan warisan budaya rasuah ....tetapi dengan mendefinikan ulang "rasuah yang halal" yang telah disesuaikan dengan situasi dan kondisi malaysia masa kini ....Hehehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.071264 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list