CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1442|Reply: 2

Yassin Tak Berhajat Dedahkan Isteri, Akui Tak Dapat Halang Kuasa Media Sosial

[Copy link]
Post time 25-1-2022 01:08 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon dan pelawak popular, Yassin Yahya, 44, memang tidak berhajat mendedahkan isterinya, Farah Waheeda Maharidan, 43, kepada umum selepas mereka berkahwin pada 2011.


Bagaimanapun, Yassin yang juga anggota Senario mengakui tidak dapat menghalang kuasa tular media sosial ketika ini apabila isterinya menjadi perbualan netizen, baru-baru ini.




Kredit foto: Harian Metro




"Sebenarnya itu permintaan saya untuk tidak mendedahkan mengenainya. Nak dedahkan kena ada masa yang sesuai. Sekarang masanya sesuai selepas saya masuk Gegar Vaganza (GV).


"Sebelum ini memang orang kenal saya tapi buat apa saya nak gembar-gemburkan mengenainya (isteri). Saya beritahu isteri, sekarang memang zaman siapa-siapa pun boleh jadi tular.


"Bagi saya, nikmatilah zaman media sosial sekarang. Bahaya atau tidak, kita sendiri mengawalnya. Saya tidak halang dia pun kerana semua kena merasainya," katanya.


Yassin berkata, kuasa media sosial sekarang pun ada manfaatnya juga. Dia sendiri tidak sangka akaun TikTok yang diwujudkan secara senyap kini sudah mendadak pengikutnya.




Kredit foto: IG Yassin




"Saya cuba buka akaun TikTok selepas saya masuk GV. Orang tak tahu saya ada TikTok dan saya cakap kepada isteri untuk lihat kuasa penangan GV.


"Alhamdulillah, tak sampai tiga bulan, daripada lebih 400 pengikut, sekarang sudah lebih 97,000. Yang penting kita main isu semasa dan kebetulan saja ia naik untuk saya kerana GV," katanya.


Kemunculan Yassin dalam video di TikTok isterinya baru-baru ini berjaya mencuri perhatian ramai.


Ramai memuji kejelitaan isterinya dan ramai juga tidak tahu dia sudah berkahwin.


Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Aulia Zawarda, 5.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2022 01:53 PM | Show all posts
umur dia baru 44 ke??
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
La.. Kalau tak filter cenggitulah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.059719 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list