View: 1392|Reply: 11
|
Gagal Dalam Perniagaan, Zoey Rahman Pernah Menangis Depan Ibu
[Copy link]
|
|
Kejayaan dalam bidang diceburi tidak dicapai dalam satu malam. Ada yang bertuah mencapai sasaran dalam masa singkat, tetapi ada juga yang mengambil masa lebih lama untuk menuai hasil usaha keras. Dalam jatuh bangun, setiap individu pasti mempunyai seseorang yang sentiasa memberikan sokongan.
Bagi Zoey Rahman pula, ibunya, Azizah Ibrahim adalah insan yang tidak pernah lelah memberikan kata semangat dan motivasi agar jejaka itu cekal menghadapi dugaan demi mengejar cita-cita.
Walaupun pernah beberapa kali gagal dalam perniagaan, wanita itu masih percaya anaknya mampu mengecap impian.
Memetik laporan Mstar, pemilik nama sebenar Mohd Hairey Abdul Rahman mendedahkan dia pernah menangis di hadapan ibunya kerana perniagaan yang dijalankan tidak mendapat sambutan.
Kata Zoey, sebelum berjaya dengan Mika Series, dia juga pernah mencuba nasib menjual pakaian pada tahun 2016.
"Saya pernah bantu ibu berniaga tudung di bazar Ramadan, ketika itu ada yang tanya tak malu ke lelaki jual tudung. Tapi, kenapa perlu malu sebab apa yang saya lakukan itu adalah untuk keluarga.
"Saya juga pernah mencuba nasib menjual baju tetapi tidak ada seorang pun yang beli. Stok masih bertimbun di pejabat. Saya menangis dan mengadu pada ibu. Saya ingat lagi dia pesan agar butakan mata dengan halangan di depan dan pekakkan telinga dengan kata cacian," katanya.
Zoey sangat bersyukur kerana berjaya mencapai impian hasil dorongan ibunya. Katanya, dalam perniagaan seseorang itu tidak boleh mudah mengalah dan cepat berputus-asa. Pada awalnya, perniagaan seseorang itu mungkin berliku tetapi penghujungnya pasti adalah kejayaan.
"Tapi ingatlah keluarga walaupun sudah berjaya. Mereka adalah tulang belakang dan kunci kejayaan kita," pesannya. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
alahai... biasa la menangis depan ibu tu. ke masa kecik kecik dulu memang tak pernah nangis langsung?? |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni dulu bukan main dok himpit nana, lepas tu gaduh ngan nana, dia dok rembat zarina anjoulie tu..aku pun x tau mak dia terima ke idok zarina tu..bak kata dia, x hipokrit.. |
|
|
|
|
|
|
|
Selepas gossip dengan Zarina Anjoulie barulah kenal si Zoe ni tp tak tau dia ni popular sebagai artis atau entrepreneur.. |
|
|
|
|
|
|
|
Masih lg ke ngn anjuling tu |
|
|
|
|
|
|
|
Adik aku selalu menangis depan mak aku, kadang rasa macam nak sepak je. Patutkah aku bukak thread untuk adik aku si cengeng tu |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih, xde sape nk puji, terpaksa buat cerita sedih untuk diri sendiri.
Urang2 meleis pun beli la produk sbb kasih syg ibu. |
|
|
|
|
|
|
|
Zoey taktik ni dh lapuk ..sila pakai taktik lain yea .. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak tahu ape pencapaian karier dia sebagai artis.. sedihhh. Next.. |
|
|
|
|
|
|
|
ni semua ajaran artis2 80an. so artis2 layu skrg ni pun ikot tactic sedey pilu ni. Yiiiihhhhhhh....... |
|
|
|
|
|
|
|
Taik. Padahal masa kecik dulu mak mintak tolong sikit je buat muka, jalan hentak-hentak kaki. |
|
|
|
|
|
|
| |
|