View: 8231|Reply: 161
|
[Tempatan]
Ingin Berhenti Kerja, Abg Viva mahu tumpukan jadi sukarelawan.New Ebit?
[Copy link]
|
|
Bulan lalu hangat diperkatakan mengenai Abang Viva viral yang datang dari Melaka untuk menyelamatkan mangsa banjir di Shah Alam.
Mana tidaknya, dengan hanya berbekalkan RM50 tidak menghalang niat murni Azwan Omar untuk membantu mangsa banjir.
Menurut pemuda berusia 30 tahun itu lagi, dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi menumpukan perhatian kepada kerja sukarelawan.
“Kerja sukarelawan memberi kepuasan kepada diri dan ketika ini saya lebih selesa membuat kerja kebajikan.
Ianya bertujuan ingin membantu golongan yang memerlukan bantuan,” katanya.
Mengulas mengenai kerja sukarelawannya kini, Abang Viva berkata dia bercadang membantu membersihkan pusat tahfiz di Pahang yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.
Katanya lagi, dia juga sudah mengadakan kutipan dana yang dimulakan sejak dua hari lalu melalui Facebook.
Ia bagi membantu menyediakan peralatan diperlukan di pusat tahfiz.
“Saya enggan mendedahkan jumlah sumbangan yang terkumpul setakat ini.
Dan berharap akan bertambah sebelum meneruskan misi baharu ini,” katanya.
Murah rezeki Abang Viva sekarang, lepas dihadiahkan kereta 4×4 dapat motosikal pula.
Semoga rezeki diberikan dapat membuka jalan lebih luas untuk Abang Viva membantu lebih ramai orang selepas ini.
Selepas Yamaha XJ6S, abang Viva dapat Mitsubishi Triton
Rezeki berganda terus menjadi milik ‘Abang Viva’ atau nama sebenarnya Azwan Omar apabila dihadiahkan pula Mitsubishi Triton.
Sebelum ini, dia dihadiahkan sebuah motosikal jenis Yamaha XJ6S oleh seorang individu misteri.
Kenderaan pacuan empat rodaan itu dihadiahkan oleh seorang usahawan kosmetik, Wan Siti Aisyah Wan Hasan yang dikenali Sha Hasan.
Berita baik itu dikongsikan melalui satu hantaran di Facebook milik usahawan kosmetik tersebut.
Pada masa sama, ‘Abang Viva’ itu turut membuat sesi Facebook Live dengan kehadiran Sha Hasan dan suaminya ketika menyerahkan kenderaan 4X4 itu di rumahnya
Ketika penyerahan itu, turut kelihatan kedua ibu bapa Azwan menangis kesyukuran kerana anak mereka dikejutkan dengan hadiah yang langsung tidak disangka.
SUMBER: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa ramai je buat kerja amal tapi masih ada kerja hakiki..ada terbaca komen kat fb bomba penyelamat hari2 bertarung nyawa sampai asda yg meninggal tapi takde plak dapat macam2 harta cam abg viva ni..kangan hanyut dek populariti..sok2 jadi abang vavi baru ko tau..lagipun keta 4x4 ngan moto besar tu stiap tahun nak kena renew roadtax insurans mana nak cekau duit oii? |
|
|
|
|
|
|
|
alahai baru prasan tajuk new lelewd tu..aku pun rasa si abg viva ni bakal jadi lelewd 2.0..sori la aku xpenah gemar orang tetiba femes dengan meraih simpati ni..nak buat keja amal tapi minta derma??apoooo tu baik la ko join mana2 sukarelawan pure berdaftar n sumbang tenaga ko tu..haprak nyehhh plan ko ni ahhh..bau ikang masing sangat nak benti keje nk buat kje amal tapi minta sumbangan org ramai.. |
|
|
|
|
|
|
|
dah tak kerja nak bagi family makan apa?
rumah takde bill yang perlu dibayar ke?
kebajikan tu bukannya perlu 24/7 pun..
ujung-ujung menonggang hasil derma jugak..
audit sah-sah la tak buat kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
dah brenti keje nak makan apa? kerja sukarelawan tu berbayar ke? dah tu nak membantu org lain takkan asyik nak minta dana je pastu nama dpt kat kau?
keje je la dekk weiii, ada cuti ada kelapangan blh la buat kerja2 sukarela tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak nak menyusahkan majikan dan rakan sekerja kot kalau selalu kena ambil cuti untuk buat kerja kebajikan. |
|
|
|
|
|
|
|
wow nak buat kebajikan je n dah mula kumpul dana?
kekeke baik la ko keja juga
dah banyak baca pasal org buat keja NGO kumpul dana ni jadi kaya raya
bukan dorang ada kerja tetap pun, harap duit org bagi jer.
klau org sedekah RM100 kat dana ni, bukan semuanya akan diguna utk org susah
ada yg masuk poket juga.... sbb tu kaya raya dorang ni.
suh buat audit mmg tak arr
|
|
|
|
|
|
|
|
Jangan salah langkah bang oiiii. Naya nanti.
Bumi ni bulat. Kejap kat atas, kejap lg mungkin kat bawah.
|
|
|
|
|
|
|
|
prettyuglybabe replied at 25-1-2022 12:02 PM
dah tak kerja nak bagi family makan apa?
rumah takde bill yang perlu dibayar ke?
kebajikan tu bukann ...
Kan boleh ambik 30% dari duit derma |
|
|
|
|
|
|
|
Ok bila dah camni dah nampak x best dah.. tunggu je la tgk. |
|
|
|
|
|
|
|
“Saya enggan mendedahkan jumlah sumbangan yang terkumpul setakat ini.
Kat sini pun bau2 ebit.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada sponsor di belakang? Kalau ada, hati2 dgn kontrak sponsor.
|
|
|
|
|
|
|
|
hati2 jangan terpedaya dan rambang mata
punahsihat 20 sen ramai je tunggu masa
kembali kepada niat asal |
|
|
|
|
|
|
|
Kerja apa mamat facemask tutup mulut ni? |
|
|
|
|
|
|
|
dapat moto kan? ko pakai la moto tu jd rider. duit yg dapat tu bole tampung belanja hidup n bersedekah. kalau tiber nk g misi bantuan pn ko xpayah minx cuti sebab keje ko flexibel. |
|
|
|
|
|
|
|
dah ada bau-bau 30persen disitu... |
|
|
|
|
|
|
|
meah_kelabu replied at 25-1-2022 01:07 PM
dapat moto kan? ko pakai la moto tu jd rider. duit yg dapat tu bole tampung belanja hidup n bersedek ...
Setuju baik dia register jadi grab driver at least dapat duit lebih |
|
|
|
|
|
|
| |
|