CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 436|Reply: 1

[Tempatan] Nafi tebang balak berleluasa punca harimau berkeliaran

   Close [Copy link]
Post time 24-1-2022 06:03 PM | Show all posts |Read mode
Nafi tebang balak berleluasa punca harimau berkeliaran


FOTO HIASAN

Gua Musang: Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) menafikan dakwaan berlaku pembalakan secara berleluasa di negeri itu sehingga mengundang kepada kehadiran beberapa ekor harimau di perkampungan Orang Asli.

Pengarahnya, Abdul Khalim Abu Samah berkata, dakwaan berkenaan tidak benar sama sekali kerana aktiviti pembalakan di Kelantan masih terkawal.

Katanya, pihaknya sentiasa patuh dengan catuan tebangan tahunan (CTT) yang ditetapkan.

"Kita di Kelantan sentiasa patuh kepada CTT yang ditentukan oleh Majlis Tanah Negara (MTN). Kita tidak akan melakukan tebangan melebihi catuan yang dibenarkan iaitu 3,900 hektar setahun.

"Malah, pembalakan hanya dilakukan di HSK (Hutan Simpan Kekal) pengeluaran, bukannya HSK perlindungan. Justeru, kehadiran harimau tidak ada kaitan dengan aktiviti pembalakan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika operasi bersepadu pencerobohan HSK Relai, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Khalim mendakwa, aktiviti pembalakan sebenarnya bagus untuk populasi harimau berdasarkan kajian yang dibuat pihak tertentu berkaitan kesan pembalakan.

"Berdasarkan kajian, kesan pembalakan akan menyebabkan tumbuhnya tumbuhan baru yang menggalakkan kehadiran spesis haiwan yang menjadi makanan kepada harimau seperti kancil.

"Berdasarkan fakta kajian oleh pakar, selepas aktiviti pembalakan sebenarnya bagus untuk populasi harimau.

"Populasi harimau akan lebih tinggi apabila berlaku pembalakan di kawasan itu yang akan ditumbuhi anak pokok. Ia akan memudahkan harimau memburu mangsanya berbanding hutan tebal," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... harimau-berkeliaran

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2022 08:42 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:15 PM GMT+8 , Processed in 0.396291 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list