Siapa tak kenal Ratu Soprano dan juga jurulatih vokal terkemuka, Datuk Syafinaz Selamat atau mesra disapa Tok Naz.
Sejak November tahun lalu, Syafinaz sering dilihat didalam rancangan televisyen realiti muzik Malaysia Gegar Vaganza ke-8 (GV8) setiap Ahad sebagai juri dan pengkritik tetap selain Dato Ramli MS dan Hetty Koes Endang.
Namun mungkin ramai yang tak tahu, Syafinaz atau kini mendapat gelaran Seo-jin Malaysia sempat terbang ke Dubai untuk membuat persembahan mewakili Malaysia di Malaysia Truly Asia Showcase di Expo 2020 Dubai pada 9 Januari yang lalu.
Membawa nama Malaysia di persada dunia, persembahan nyanyian Syafinaz nyata membuat penonton terpukau dengan kehebatan vokal yang dimilikinya.
Ketika persembahan itu, Syafinaz menyanyikan empat buah lagu iaitu Ingin Bersamamu, Tanah Pusaka, Nessun Dorma dan Standing In The Eyes On The World.
Reputasi Syafinaz sebagai pelontar suara soprano telah menjadikan beliau antara penyanyi klasikal pilihan yang sering menerima undangan untuk membuat persembahan klasikal di acara-acara berprestij dalam dan luar negara.
Memetik Wikipedia, antara persembahan luar negara beliau termasuklah pada majlis penutupan World Economic Forum di Davos(Switzerland) pada tahun 2007, persembahan di World Expo di Zaragoza(Sepanyol) pada tahun 2008, persembahan di SEA GAMES di Vientiane(Laos) pada tahun 2009, Islamic Fashion Week di Monte Carlo(Monaco) pada tahun 2010 di hadapan Putera Albert, Festival Fesyen Islam (IFF) di Kazakhstan pada tahun 2011, dan juga Malaysia Day Expo 2020 di Dubai(UAE) pada tahun 2022.
Syafinaz juga merupakan antara selebriti yang telah dipilih oleh Perdana Menteri Malaysia (PM), Dato' Sri Mohd Najib Abdul Razak (kini mantan PM) untuk membuat persembahan semasa lawatan rasmi Barack Obama ke Malaysia pada tahun 2014, selaku presiden Amerika Syarikat pada ketika itu.
Terdahulu, Syafinaz menyambut ulang tahun hari lahirnya yang ke 49 tahun pada 11 Januari lalu. - CARI
Post time 24-1-2022 02:38 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Makin berumur makin cantik tak makan dek usia tok pinaz. Masa dia muda2 biasa ja sekarang memancar2 seri dia tambah bila tgk tiap2 minggu di GV.
Sasha pun nampak eye bag kedut2. Apa rahsia kecantikan tok pinaz ni?
Post time 24-1-2022 05:17 PMFrom the mobile phone|Show all posts
asamfish replied at 24-1-2022 03:08 PM
Kalau ada info, letak sini nanti eh...thanks!
Kawan i ada di sana...mmg ada ckp negara2 lain pnye show lg cantik dan hi tech...tp die ckp tetap kagum dan bangga Malaysia pnye la..Malaysia pnye mcm psg projector gitu je...haha
Buat apa nk merungut2 dan rse sakit hati tau bila org compare2 mcm tu...walaupn apa yg berlaku kt Malaysia hari ini..tetap pedih bila org luar mengata...gitu la perasaan kawan i....
I bru je tgk posting org yg u ckp tu...haha...hmm..ok lah...tu pendapat die...
Thanks .So betul la yang mcm kkwn i cakap. Dorang pergi (sbb dxb open for tourism) and lansung ke dubai expo tu. Dorang pun cakap our pavilion mcm sendu.
And tokPinaz mmg pandai la berinteraksi masa show.
Post time 24-1-2022 08:25 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Klu tok naz x make up, boleh nmpk la aging tu. Tp still cantik & nmpk class.. nmpk cam original aging tanpa cocok2 gitu
Utk tak ot.. rasanya ok la dia bwk lagu jenis tu. Nmpk la international sikit klu expo visit Malaysia, mgkn boleh la letak lagu & persembahan traditional kot..