|
Penyanyi Syura Badron, akhirnya mendedahkan wajah suami tercintanya, Farizat Ismail di entri Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, penyanyi lagu popular Nazam Berkasih itu memuat naik beberapa keping gambar semasa resepsi perkahwinan mereka berlangsung.
Menurut Syura, dia menitipkan rasa syukur kehadrat Ilahi atas kurniaan jodoh buat dirinya.
Foto: IG
Selain itu, Syura juga sempat memberikan dedikasi istimewa buat pilihan hatinya yang kini telah menjadi suami dan ayah buat anak-anaknya.
“Alhamdulillah, syukur Ya Allah atas jodoh ini. Kepada suamiku, jagalah amanah Allah ini sebaik mungkin.
“Lengkapkan lah segala kekurangan yang ada pada keluarga kecil saya.
“Dan saya juga akan melengkapkan segala kekurangan awak. Bimbing saya dan anak-anak ya. Saya sayang awak abie (panggilan buat suami),” coretnya di Instagram.
Menerusi hantaran lain, penyanyi itu juga mengucapkan penghargaan buat semua yang tidak berhenti mendoakan yang baik-baik buat dirinya dan pasangan.
“Saat terlafasnya akad. Terima kasih kepada yang tidak henti-henti mendoakan kami. Syukur Ya Allah.
“Maaf tidak dapat hendak membalas semua. InsyaAllah kita cuba membalas okey,” katanya.
Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, ruangan komen tersebut dibanjiri ucapan tahniah dan doa daripada peminatnya dan rakan artis.
Kelmarin, Syura dan Farizat selamat diijabkabulkan pasa tanggal 22 Januari lepas di Masjid As-Salam, Puchong Perdana.
Untuk rekod, dia dan bekas suaminya, Mohd Fadhly berpisah pada Ogos 2015 selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdani, Nurul Qaisara Sofea dan Muhammad Irfan Aryan. -CARI
Sumber: Utusan Online
|
|