View: 5493|Reply: 46
|
Norlia Ghani Dikutuk, Dah Tua Masih Tergedik-Gedik Nak Berlakon
[Copy link]
|
|
Kata-kata negatif yang menganggap dirinya sudah tua untuk berada di set penggambaran tidak mematahkan semangat Norlia Ghani untuk terus menerima tawaran.
Norlia atau nama sebenarnya Norlia Ghani Abdul Hamid, 73, berkata, umur bukan penghalang untuk dia terus mencari rezeki dalam bidang itu selagi kesihatannya mengizinkan.
 Foto: IG
“Memang ada mulut-mulut yang kata sudah tua-tua pun masih tergedik-gedik lagi.
“Kalau dengar cakap orang boleh jatuhkan semangat, ibarat mereka yang tentukan hidup saya. Saya tak pernah ambil peduli semua itu.
“Sekarang ini saya hanya mahu cari rezeki. Tuhan beri saya kebolehan untuk berlakon, apa salahnya untuk terus melibatkan diri dalam dunia seni.
“Saya mula berlakon sejak 1968, hidup saya dah biasa dengan produksi,” ujar Norlia kepada mStar.
Norlia Ghani ditemui dalam sebuah majlis meraikan artis veteran anjuran Dulang Cafe di Danau Kota, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Sementara itu, Norlia yang sudah berkecimpung dalam kerjaya ini selama 54 tahun meluahkan rasa terkilan dengan cara kerja produksi sekarang yang tidak meletakkan had masa bekerja.
Katanya, masa penggambaran yang terlalu panjang antara faktor yang diambil kira jika menerima sesuatu tawaran.
Selain itu, kata Norlia, bayaran yang tidak setimpal untuk golongan pelakon seusiannya juga tidak pernah dipandang serius bagi pihak produksi.
“Dahulu kami bekerja dari pukul 8 pagi sehingga 10 malam. Sekarang ini kalau boleh bermula pagi hingga ke pagi esoknya. Memang tak larat.
“Saya terima tawaran apabila watak bersesuaian dan bayaran yang setimpal.
“Ada yang memberi tawaran tetatpi bayaran sedikit kerana mereka anggap pelakon lama seperti saya akan terima sahaja disebabkan tiada job lain.
“Disebabkan mereka ikut permintaan hero dan heroin, bayaran untuk pelakon lain dikurangkan. Mana boleh begitu. Kita sama-sama berlakon, bukan saya datang hanya duduk di lokasi.
“Bukan saya demanding, tetapi perlulah berpatutan. Jika kerja tidak ikhlas, nanti tak menjadi hasilnya,” jelasnya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Teringat filem bisikan cinta. Ayu dan mak si ayu buli si johari. 
|
|
|
|
|
|
|
|
kt hollywood
Meryl Streep yang dah umur 70an pun masih lagi berlakon..
banyak artis wanita Hollywood cth Michelle pfeiffer, Annette Benning dan ramai lagi yang umur 60 tahun70 tahun still berlakon
ok je...peminat boleh je terima |
|
|
|
|
|
|
|
Helo. Dia dh berusia. Dolu2 hot weh. Hgpa sendri sarung bikini pn xsanggup hadap cermin. Dia dlu leklek ja bbikini dlm sikit punya gila. Ke i salah petik? |
|
|
|
|
|
|
|
ni memang ada orang cakap ke atau saja nak create berita? |
|
|
|
|
|
|
|
dah ada yang nak dia berlakon, biarlah, dia rasa masih mampu dan sihat, kurang2 ada income sendiri, karang dia dok meminta2 netizen juga cerca tak cukup tanah |
|
|
|
|
|
|
|
harap dpt byk job ni x perlu mengemis lagi. ramai lagi rakyat marhaen yg ketinggalan disebabkan tiada publisiti mcm nenek ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Org kita ni asal umo2 50an je kena pencen...disuruh gi sejid....asal umo2 7an je disuruh duduk liyam2 di rumah....padahal kalau tak kerja, segala penyakit akan menyinggah...lemah lotai...selain dari cari rezeki, bekerja juga boleh menyihatkan mental dan fizikal |
|
|
|
|
|
|
|
asamfish replied at 24-1-2022 01:07 PM
Org kita ni asal umo2 50an je kena pencen...disuruh gi sejid....asal umo2 7an je disuruh duduk liyam ...
Betul tu setuju sangat.. kenapa tah sibuk sgt nak suruh orang berhenti kerja.. dia ke nak bg makan kallau x pergi kerja.. Allah bagi nikmat kesihatan boleh cari rezeki jgn sia2kan.. kerjapun ibadah juga... kerja je kalau masih larat & kuat dari dok rumah terbongkang atas katil dok pegang handphone.. ke masjidnya tidak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Thunderclouds: Helo. Dia dh berusia. Dolu2 ho ...
Betul la Sikit Punya Gila. Ada scene acik norlia pakai bikini disamping usop haslam di port dickson. First time tengok citer tu masa sekolah menengah (2005-2007), terkejut tengok dalam filem melayu ada scene bikini. Ingatkan aksi berkemban filem tarzan je yg dasyat. |
|
|
|
|
|
|
|
Norlia berlakon ok je.. mmg sesuai sangat watak nenek2 yg kasihan. Yg x best di poziah sambal hitam. |
|
|
|
|
|
|
|
Biarlah dia berlakon cari rezeki, mewarnai industri seni. Lakonan dia hidup dan bersahaja. Acik Norlia, fauziah nawi, arwah mahyon ismail. Depa ni favourite aku. |
|
|
|
|
|
|
|
mat_arof replied at 24-1-2022 12:13 PM
kt hollywood
Meryl Streep yang dah umur 70an pun masih lagi berlakon..
Anthony Hopkins dah 84 tahun siap menang Oscar lagi last year. |
|
|
|
|
|
|
|
eh best pe dia berlakon..kalau tak korang takkan sampai sekarang guna gelaran joyah tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Thunderclouds replied at 24-1-2022 12:28 PM
Helo. Dia dh berusia. Dolu2 hot weh. Hgpa sendri sarung bikini pn xsanggup hadap cermin. Dia dlu lek ...
Dalam adik manja jadi nurse pun lawa.
|
|
|
|
|
|
|
|
norlia ghani pn ada haters ke? haritu kne compare dgn kavita sidhu. hamlau punya netizen. lakonan dia ok lg dr nek ogy, wan maimunah. bg iols. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau sis ketuk2 berlakon jadi tua mcm opah korang hencap juga. Apa lagi yg netizen mahukan?
|
|
|
|
|
|
|
|
azimodin replied at 24-1-2022 02:39 PM
Betul la Sikit Punya Gila. Ada scene acik norlia pakai bikini disamping usop haslam di port dickso ...
Itu ok je.. scene tahun 70an normala omar bikini.. lagi hot. Ngan sofea jan bikini naik kuda.. |
|
|
|
|
|
|
|
Berlakon je acik.. abaikan netz kepoh.. bukan diorang yg bagi kita makan.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|