CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3026|Reply: 13

Ghopenyerr Cilff Umar dah terlebih awal dulu caras job ganti mokcik Sittah An Nur dari acik @dudaberhias?

  [Copy link]
Post time 24-1-2022 11:42 AM | Show all posts |Read mode
Ramalan Yang Tepat Dari Cliff Umar, Ini Senarai Pemenang GV8!

Gegar Vaganza 8 Akhirnya Telah Melabuhkan Tirai Dengan Jayanya

Konsert akhir Gegar Vaganza Musim 8 (GV8) membariskan enam peserta sebagai finalis dalam pencarian juara edisi ini.

Persaingan episod kemuncak itu melibatkan penyanyi Nikki Palikat, Suki Low, Aweera, Aliff Aziz (Singapura), Adibah Noor dan Azan Scan.

Tugas penjurian terletak di tangan juri profesional tetap terdiri daripada pengarah muzik, Datuk Ramli MS, penyanyi lagenda Indonesia Hetty Koes Endang dan guru vokal Syafinaz Selamat, bersama juri undangan istimewa.

Program realiti yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu disiarkan secara langsung di Astro Ria (saluran 104) dengan penampilan Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pasangan pengacara.

Konsert GV8 menemui penonton pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam, selain turut dimuatkan di aplikasi Astro GO dan platform On Demand untuk tontonan online.

Hasil keputusan juri, berikut adalah markah yang diraih para finalis di konsert akhir:

Juara – Aliff Aziz

Tempat kedua / naib juara -Nikki Palikat

Tempat ketiga -Suki Low

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-1-2022 11:42 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2022 11:43 AM | Show all posts
Biodata Penyanyi Aliff Aziz, Peserta Gegar Vaganza Musim 8 (GV8) 2021

1. Nama penuhnya, Mohamad Aliff bin Aziz. Dikenali sebagai Aliff Aziz.

2. Lahir pada 16 Februari 1991 di Singapura. Berumur 30 tahun (2021).

3. Merupakan penyanyi, pelakon dan model.

4. Berkecimpung dalam dunia seni sejak tahun 2007.

5. Bernaung di bawah syarikat rakaman Sony Music BMG Malaysia.

6. Penyanyi lagu-lagu Pop, R&B, Pop Alternatif dan Jazz.

7. Anak sulung daripada tiga beradik.

8. Keluarganya berbangsa Melayu, namun mempunyai darah kacukan Arab.

9. Dua lagi adik perempuannya merupakan kembar seiras, iaitu Nur Ain Aziz dan Nur Aisyah Aziz atau Aisyah Aziz yang juga merupakan penyanyi kelahiran program realiti, Akademi Fantasia musim kesepuluh (AF2013).

10. Aliff mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Princess Elizabeth dan Sekolah Zhenghua.

11. Menempa populariti di usia 16 tahun selepas menjuarai program realiti TV, Anugerah.

12. Mempunyai empat album studio iaitu Aliff (2007), It’s Aliff’s Time (2010), Aliff Aziz (2012) dan Rebirth (2016).

13. Antara lagu-lagu hitsnya seperti Sayang Sayang, Cinta Arjuna, Jangan Ganggu Pacarku, Cinta, Kalau Cinta (duet bersama Joanna) dan banyak lagi.

14. Pernah membintangi drama Almari Ajaib, Khayalan, Antara Kita, Sepai, Tiara, Nurul Kasih, Epilog Cinta Khirana, Jodoh Musim 2, Di Sebalik Wajah, Meh Sandar Pada Aku, Meh Sandar Lagi, Melankolia, Halalkan Hati Yang Ku Curi dan Sejuta Rasa Buat Adelia.

15. Juga telefilem Cinta Vlog, Gerhana, Tiga Dosa, Dia Ayahku, Raya Pak Pak Pong dan Love You Miss Pomen.

16. Tercalon dalam kategori Pelakon TV Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.

17. Mendirikan rumah tangga dengan adik kepada penyanyi Didi Astillah, iaitu Dayang Ara Nabellah Awang Astillah atau Bella Astillah pada 9 September 2016 dan sehingga kini perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2022 11:44 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2022 11:44 AM | Show all posts
[youtube]MHdBJzpsEMY[/youtube]
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 11:45 AM | Show all posts
Ooh ye ke???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2022 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam2 tau je cliff org cakap pasal kesenduan heols
Mana taknya dia langsung tak muncul kat tv atleast berduet ngn peserta ni ke?
Takpun jd penyanyi jemputan ke apa. Tp muss ada je muncul sana sini.

Iols sampai pikir ke dia tak cukup 2 dos jd takleh la nak dtg hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Elokla alif ni jd juara complete pakej suara pun sedap.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2022 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 24-1-2022 11:49 AM
Macam2 tau je cliff org cakap pasal kesenduan heols
Mana taknya dia langsung tak muncul kat tv atlea ...

Itula x timbul2 smpai konsert akhir
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Clip omar ni jadi retis pun sendu, jadi porumer pun sendu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 06:29 PM | Show all posts
Cliff ni daripada buat ramalan juara ke apa ntah, baik buat show, buat guest performance kat GV ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Cliff ni ex bini die dok muyan agi kan. Psl nafkah??
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
samshik replied at 24-1-2022 07:51 PM
Cliff ni ex bini die dok muyan agi kan. Psl nafkah??

Foreber ...selagi cliff x bagi 50k tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2022 12:47 PM | Show all posts
[youtube]ffLKJF1JRSU[/youtube]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.079798 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list