CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 839|Reply: 8

Ibu Sarat Hamil Nak Jual Buah Pinggang Untuk Langsaikan Hutang

[Copy link]
Post time 24-1-2022 09:37 AM | Show all posts |Read mode
Jakarta– Seorang ibu muda di Depok, wilayah Jawa Barat nekad  mengiklankan untuk menjual salah satu buah pinggangnya untuk membayar hutang sebanyak 1 bilion rupiah (RM292,154).


Menurut laporan laman berita Suara.com, Melvi Monita, 23, yang sarat hamil tujuh bulan berkata, dia mahu menjual salah satu buah pinggangnya kerana tidak tahan diganggu pengutip hutang.




Foto: Kompas.com




“Saya sangat tertekan, setiap hari pasti ada pengutip hutang yang datang membuat kacau di rumah.


“Saya cuma mahu langsaikan hutang sahaja meskipun ada yang memarahi dan memberi simpati bila saya luahkan hasrat jual buah pinggang,” katanya.


Tambah Melvi, hutangnya menimbun selepas perniagaan minyak masaknya berdepan kerugian besar akibat lonjakan harga sejak beberapa bulan lalu.


Banyak stok minyak terpaksa dijual dengan harga rugi bagi mengelakkannya rosak dan tidak dibeli.


“Saya berhutang sana sini untuk membayar kerugian perniagaan dan akhirnya sama, masih dihimpit hutang,” jelasnya.


Melvi juga memaklumkan suaminya yang hanya bekerja buruh biasa turut tidak mampu membantu membayar hutang mereka. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2022 01:33 PM | Show all posts
Ramai yang macam dia ni kat sana semua demi masaalah kewangan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2022 01:42 PM | Show all posts
“Saya sangat tertekan, setiap hari pasti ada pengutip hutang yang datang membuat kacau di rumah.

“Saya cuma mahu langsaikan hutang sahaja meskipun ada yang memarahi dan memberi simpati bila saya luahkan hasrat jual buah pinggang,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Manusia dah advance guna buah pinggang babi skrg ni. Mungkin tak perlu sangat buah pinggang manusia?

Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 24-1-2022 01:33 PM
Ramai yang macam dia ni kat sana semua demi masaalah kewangan

Kenapa tak ikut jejak langkah friska babu? Senang lenang idup.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 06:08 PM | Show all posts
mahalnya jual sampai 1 billion ada warranty ka?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2022 11:02 AM | Show all posts
tikusmontok replied at 24-1-2022 04:02 PM
Kenapa tak ikut jejak langkah friska babu? Senang lenang idup.

Elok tanya pada dia sendiri salah orang bertanya
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 25-1-2022 11:02 AM
Elok tanya pada dia sendiri salah orang bertanya

Tertinggal perkataan  'dia'...sowwy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2022 11:42 AM | Show all posts
Dia nak jual buah pinggang tu lepas beranak ke masa still mengandung.  Good luck le nak buang sebelah buah pinggang masa mengandung, tak kau mati anak kau mati.  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 07:01 PM GMT+8 , Processed in 1.220161 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list