CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 293|Reply: 0

[Sabah] Lebih 500 Kekosongan Jawatan Ditawarkan Di Sandakan

[Copy link]
Post time 23-1-2022 08:51 PM | Show all posts |Read mode


SANDAKAN : Kerajaan telah melakukan pelbagai tindakan bagi membantu golongan yang terbeban berikutan pandemik COVID-19 termasuk mengadakan karnival kerjaya.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan berkata, lebih 500 kekosongan jawatan telah ditawarkan melalui karnival yang turut disertai 17 syarikat daripada pelbagai sektor khususnya di daerah ini.

“Saya berharap semua belia dan beliawanis akan berjaya mendapat pekerjaan pada sesi temuduga terbuka pada hari ini.  

“Melalui Sabah Jobs Portal iaitu portal pekerjaan kerajaan negeri Sabah yang merupakan alternatif dalam usaha sebagai platform yang menemukan majikan dan pencari kerja,” katanya.

Beliau berkara demikian ketika berucap menyempurnakan Karnival Kerjaya Perdana 2022 Sandakan disini hari ini.

Yakub berkata, sehingga kini Sabah Jobs telah berjaya mendaftarkan sebanyak 88 majikan dan 960 pencari kerja manakala sebanyak 79 kekosongan jawatan  telah diiklankan dari pelbagai bidang.

Katanya, terdapat seramai 2,667 pekerja di Sabah dilaporkan hilang pekerjaan dalam tempoh Januari hingga 5 November 2021.

“Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran golongan belia berumur bawah 24 tahun di Sabah adalah 17.3 peratus.  

“Kerajaan telah melaksanakan pelbagai program sebagai inisiatif bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada orang ramai termasuk karnival kerjaya, program insentif pengambilan pekerja, program latihan kemahiran semula dan peningkatan kemahiran melalui penyedia latihan yang dilantik seperti mana yang telah dilaksanakan oleh pihak Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM),” katanya.

Sementara itu, Yakub berkata, kerajaan juga telah menyediakan platform peluang pekerjaan di MyFutureJobs yang perlu dimanfaatkan setiap pencari kerja terutama golongan belia.

Katanya, kerajaan juga memperluaskan program latihan pekerjaan atau perantisan bagi peningkatan kemahiran (Upskilling), latihan semula (Reskilling) dan silang kemahiran (Cross-skilling) ke Sabah.

“Sehingga tahun 2021 daripada 44,843 siswazah yang terbabit di seluruh negara; seramai 1,228 adalah dari negeri Sabah.

“Manakala di bawah sistem latihan Dual Nasional yang diperkenalkan kerajaan, sebanyak 21 pusat latihan dan 109 syarikat di Sabah terbabit melaksanakannya,” katanya.

Dalam pada itu, Yakub berkata, Kerajaan melalui PERKESO akan meneruskan usaha pengambilan pekerja melalui inisiatif, insentif penggajian jamin kerja, dengan sasaran 300,000 orang dan peruntukan RM2 bilion.

“Di bawah inisiatif ini, majikan yang mengambil keluarga Malaysia yang tidak aktif bekerja, kerajaan akan memberikan insentif sebanyak 20 peratus daripada gaji bulanan bagi tempoh enam bulan pertama dan 30 peratus bagi enam bulan berikutnya tertakluk kepada pekerjaan bergaji RM1,500 ke atas,” katanya.


sabahmedia.com/2022/01/23
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.061681 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list