View: 6638|Reply: 67
|
Fazura nak tambah anak tapi baru kuruskan badan
[Copy link]
|
|
NUR FAZURA merancang untuk menambah bilangan zuriat pada tahun ini.
Fazura nak tambah anak tapi baru kuruskan badan
PETALING JAYA – Pelakon, penyanyi dan juga usahawan Nur Fazura bercadang untuk menambah seorang lagi cahaya mata selepas anak sulungnya, Nur Fatima Aisya kini sudah menginjak usia setahun tiga bulan.
Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 39, berkata, ramai yang bertanya tentang perancangannya untuk mendapatkan seorang lagi zuriat sekali gus menambah bilangan ahli keluarganya.
“Sebenarnya memang saya ada perancangan untuk mendapatkan seorang lagi cahaya mata. Tapi saya baru sahaja kuruskan badan.
“Selepas bersalinkan Fatima, banyak kali juga saya kena ‘body shaming’. Semuanya gara-gara saya mengalami perubahan bentuk badan. Wanita yang ada anak sahaja faham susahnya nak turunkan berat badan selepas bersalin,” kata Fazura.
Walaupun sudah mendapatkan semula bentuk badannya, Fazura masih mahu mendapatkan seorang lagi cahaya mata lebih-lebih lagi suaminya iaitu pelakon, Fattah Amin turut menginginkannya.
“Insha-Allah saya dalam proses (hamil lagi) dan akan diusahakan untuk tambah bilangan anak. Suami (Fattah) pula tidak ada masalah dan ikut sahaja.
“Suami bersedia jika saya juga sudah bersedia. Sebab nanti yang kena berpantang dan jaga badan saya juga,” katanya berseloroh.
Menyentuh tentang perkembangan anaknya, Fatima, Fazura teruja melihat puteri kesayangannya itu membesar dengan cepat. Kata Fazura, Fatima kini menjadi semakin bijak gara-gara dikelilingi dengan orang dewasa.
“Fatima membesar dengan cepat. Disebabkan dia dikelilingi orang tua (dewasa), jadi kebijakan Fatima lain macam.
“Dia sudah mula belajar bercakap dan memanggil saya ‘mom’. Ada sekali Fatima panggil saya ‘mak’. Daddy (ayah) dia panggil ‘dada’. Muka memang ikut Fattah Amin tapi perangai ikut Nur Fazura,” katanya ketika ditemui pada majlis An Evening With Fazura & Besties di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, semalam.
Tentang kerjaya seninya, Fazura mengakui banyak memberi fokus pada perniagaan berbanding kerjayanya sebagai pelakon dan juga penyanyi.
Bagaimanapun, Fazura tidak akan terus melupakan kedua-dua bidang tersebut dan bersedia untuk menerima tawaran yang diberikan kepadanya jika bersesuaian.
“Memang ada skrip dan tawaran untuk saya. Tapi saya perlu sesuaikan denga jadual harian sebagai ibu. Saya tidak mahu meninggalkan anak terlalu lama.
“Hendak berlakon saya tidak ada masalah kalau skrip dan waktu penggambaran dapat diserasikan. Tapi buat masa sekarang saya gembira berlakon untuk kempen tudung saya sahaja,” jelasnya.
Untuk info, Fazura mendirikan rumah tangga bersama Fattah pada 27 November 2017 dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di sebuah hotel di ibu negara.
Fazura dan Fattah menimang cahaya mata pertama pada 2 Oktober 2020 – K! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... aru-kuruskan-badan/
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku selalu dgr alasan camni..aku je ke pas melahirkn sng betui kuwus.ai is jeles. Selagi senang nk mengendong ni ngendong je la pajura..iols ni nk bg adik kat anak ai pun belum kunjung tiba |
|
|
|
|
|
|
|
Takde la besar mana badan dia tp maybe sblm ni saiz dia xxs so bila jd xs mmg la terasa ada peningkatan berat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Next year dah masuk 40. Elok ler plan skrg nak pregnant. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nanti dapat anak lelaki, sepasang terus, boleh ler tutup kilang, nak2 plak bila dah masuk 40s nanti. Tapi rezeki Allah bagi, dapat perempuan jugak pun takpe. At least Fatima ada kawan.
Elok ler jgn tangguh lama2, mcm ada forumer kat atas cakap, next year dah masuk 40, high risk pulak nanti.
|
|
|
|
|
|
|
|
Elok la plan ngndung dr skang. Bdn pn dh tua. 40 ke atas mmg high risk.. Lgpn bkn ke pajura ni jual produk mkanan kruskn bdn.. Mkan jela produk hang tu |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga timah cepat dpt adik |
|
|
|
|
|
|
|
apedehal replied at 23-1-2022 08:23 PM
Aku selalu dgr alasan camni..aku je ke pas melahirkn sng betui kuwus.ai is jeles. Selagi senang nk m ...
Brapa org dh ank? I ank first je sng kurus.. ank 3-5 kena diet 5 bulan |
|
|
|
|
|
|
|
Chah21 replied at 24-1-2022 12:52 AM
Brapa org dh ank? I ank first je sng kurus.. ank 3-5 kena diet 5 bulan
Baru sorg kaka ..lepas beranak susah nak naik berat, susah jugak nk lekat.. ni pun anak da sibuk order baby brother |
|
|
|
|
|
|
|
I lps bsalin anak 1st, bdn bgai dipam2. Dpt yg no 2, pantang strict gegila, sambung buat diet suku suku separuh tu bru la dpt blk bdn sblm beranak. I feel u kakak pajura. Dilema mak2 lps melahirkan. Bila laki tanya xnk tmbh lg ke, i mmpu menjegil saja |
|
|
|
|
|
|
|
I pulak sejenis mak mak rare suka anak sorang. Penat aih berjaga malam jaga budak nasib la dapat laki yang setuju . Dia cakap tengok la kemampuan bukan saja financial tapi kita dua bukan muda lagi nak raise another baby. Yang kelakarnya gegurl i tak nak adik. Babies are yuck kata dia hahaha.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagus....jgn dengar ckp netizen, kit dgr komen netizen boleh porak peranda hidup yg bahagia. You do u... |
|
|
|
|
|
|
|
makcun14 replied at 24-1-2022 07:22 AM
I pulak sejenis mak mak rare suka anak sorang. Penat aih berjaga malam jaga budak nasib la dapat lak ...
Famili i ramai anak tunggal..sebenar utk parents je senang tp utk anak tu dia sunyi, esp if parents meninggal awal or dh xde nanti..sgt kesian..on their own. Character anak tunggal ni pun berbeza. So ikut pengalaman at least 2 org. |
|
|
|
|
|
|
|
tambah lagi missfazz...
baka helok
|
|
|
|
|
|
|
|
soalan dan jawapan sama je mana2 artis dan wartawan.
mcm ulang2 baca cerita yg sama cuma tukar watak dan nama.
|
|
|
|
|
|
|
|
Akak masa anak yang sulung ambil masa setahun barula kurus seperti sebelum mengandung. Masa bersalin anak kedua habis pantang dapat semula berat badan sebelum mengandung. Yang kali ketiga ni berat badan akak lagi kurang. Untuk badan akak takde rahsia apa, takde amal apa cumanya masa yang sulung bukan fully bf. Sekarang fulltime housewife. |
|
|
|
|
|
|
|
apedehal replied at 24-1-2022 02:52 AM
Baru sorg kaka ..lepas beranak susah nak naik berat, susah jugak nk lekat.. ni pun anak da sibuk ...
Oh klu gitu xpela.. boleh enjoy badan slim dulu.. ada rezeki ada la |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah seramnya ayat pajurap yg dia kata perangai fatima ikut dia. |
|
|
|
|
|
|
|
lagi seram ikut perangai ko
|
|
|
|
|
|
|
|
please pregnant lagi...nak baby boy pulak...gitu sis order adik fatima |
|
|
|
|
|
|
| |
|